Quantcast
Channel: Tetamu Istimewa
Viewing all 204 articles
Browse latest View live

Buku Apa yang Dibeli di PBAKL 2017?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 telahpun selesai. Saya yakin, pasti pencinta buku mengambil peluang ini untuk mengunjungi PBAKL dan membeli buku. 

Di PBAKL banyak buku atau bahan bacaan yang boleh diburu sama ada, terbitan baharu ataupun buku langka. Bahkan, potongan antara 20 hingga 50 % diberikan kepada pengunjung.

Oleh hal yang demikian, saya mengambil kesempatan itu untuk membeli beberapa buah buku. 

Hasil belian buku kali pertama di PBAKL 2017

 
Buku baharu terbitan ITBM.

1. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak: E-mel untuk Merdeka - Salina Ibrahim
2. Kumpulan Cerpen: Zamindar - Zaen Kasturi
3. Kumpulan Cerpen: 20 Cerita Tentang Tuhan - Syed Mohd Zakir
4. Kumpulan Puisi: Merumahkan Kembara - Shafiq Said 
5. Kumpulan Sajak-sajak Cinta: Yang Sukar Dijawab adalah Rindu - A. Rahim Abdullah 
6. Kumpulan Cerpen Remaja: Semua Hatimu - Ismail Supandi


 Koleksi Kumpulan Puisi T. Alias Taib yang diterbitkan semula oleh GUER.RIL.LA secara perlesenan.

1 set lengkap = RM100

#GUERILLA#DBP


1. Terkenal di Langit - Khairul Hakimin Muhammad
2. Insecure - Seplia
3. Rahsia Bapa Viral Kebangsaan - Khairul Hakimin Muhammad

3 buah RM50

#GUERILLA#Dubook


 Pluviophile - Nur Suhada
Malam Persembunyian - Faisal Mat Zawi

#KataPilar


1. Selestial - Lokman Hakim
2. Pasca Titah Tuhan - Lokman Hakim
3. Perempuan Anggerik - Faisal Tehrani
4. Sungai Mekong - Latiff Mohidin

#SIMPTOMATIK#GUERILLA#DBP



1. Cerpen-cerpen Patah Hati - Saharil Hasrin Sanin
2. Kitab Riwayat Hidup - Faisal Tehrani
3. Anak-anak Karen - Isma Ae Mohamad

3 buah RM60

#Dubook



1. Dewan Bahasa
2. Menulis Mengatur Diri Berfikir - Nisah Haron

#DBP


Bagi seorang penulis, pembelian buku merupakan satu pelaburan. Hasil pembacaan buku-buku ini mampu memberikan pulangan daripada pelbagai aspek.

Syabas dan tahniah kepada semua penulis dan penerbit.

Mohd Helmi Ahmad
Hari Raya Penulis

Sayembara Novel Remaja dan Kanak-kanak BH 2017

$
0
0
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017

Berita Harian (BH) telah melancarkan sayembara novel remaja dan kanak-kanak 2017. Untuk sayembara ini BH telah bekerjasama dengan Majlis Buku Kebangsaan. 

Hadiah 

NOVELREMAJA
 
Johan: RM15,000
Kedua: RM12,000
Ketiga: RM10,000
Sagu hati: RM5,000 x 2 


NOVELKANAK-KANAK
 
Johan: RM10,000
Kedua: RM8,000
Ketiga: RM6,000
Sagu hati: RM3,000 x 2

Syarat dan borang penyertaan:

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan boleh mendapatkan borang dengan melayari laman web www.bhpendidikan.com.my dan www.bharian.com.my bermula 15 Mei 2017 ini.


Antologi Cerpen Kanak-kanak: Kartunis Muda

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Bermula daripada menulis secara eceran, kini bertukar bentuk kepada buku.

Cerpen kanak-kanak pertama saya disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, April 2013.
Tidak berhenti di situ sahaja, Antologi Cerpen Kanak-kanak: Kartunis Muda ini menghimpunkan 14 buah cerpen kanak-kanak yang pernah disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar.

Daripada 14 buah cerpen itu, terdapat 3 buah cerpen saya yang dimuatkan dalam antologi ini.

1. Ujian Kejujuran
2. Anugerah Syawal nan Mulia
3. Haikal

Biarpun hanya antologi, kepuasan itu tetap dirasai kerana penerbit yang menerbitkan antologi ini bukan calang-calang iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan antologi ini boleh tinggalkan komen di bawah. Nanti saya, PM.

Harga yang ditawarkan RM13 termasuk pos ekspres atau RM10 untuk pos biasa. Jika mahu penjimatan lagi, boleh dapatkan sekali dengan mana-mana buku saya yang lain.

Sokongan kalian amatlah saya hargai. Terima kasih.

#kartunismuda#cerpenkanakkanak#dbp#bukubaharu

Senarai Novel Remaja Terbaik dari Tahun 2007 hingga 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya yakin ramai yang akan menyertai SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017.

Sebelum menyertai sayembara itu, sudah pastilah penulis akan cuba membaca novel remaja yang terbaik yang boleh dijadikan penanda aras dan rujukan untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Saya bukanlah pembaca tegar novel remaja. Namun, ada beberapa novel remaja yang saya rasakan terbaik dan boleh dijadikan pilihan untuk dibaca.

Oleh hal ini yang demikian, senarai ini dibuat setelah mengambil kira aspek kemenangan dalam sayembara dan hadiah sastera yang dimenangi termasuklah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).

SENARAI NOVEL REMAJA PILIHAN

1. Songket Berbenang Emas, DBP, 2015 (Cetakan KOMSAS) - Khairuddin Ayip (Pemenang Pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 dan Novel KOMSAS Tingkatan 5).

2. Justeru Impian di Jaring, UP&D, 2007 - Zaid Akhtar (Pemenang Tempat Ketiga HSKU 2006 dan Novel KOMSAS Tingkatan 3).

3. Manikam Kalbu, DBP, 2009 - Faisal Tehrani (Pemenang Pertama Sayembara Mengarang Novel Remaja Sempena Perayaan JUBLI EMAS DBP dan Pemenang Novel Remaja HSPM 2006/2007).

4. Jendela Menghadap Jalan, UP&D, 2009 - Ruhaini Mat Darin (Pemenang Tempat Kedua HSKU 2008 dan Novel KOMSAS Tingkatan 4).

5. Silir Daksina, UP&D, 2010 - Nizar Parman (Pemenang Tempat Kedua HSKU 2009 dan Novel KOMSAS Tingkatan 5).

6. Bimasakti Menari, UP&D, 2011 - Sri Rahayu Mohd Yusop (Pemenang Tempat Pertama HSKU 2010, Pemenang Novel Remaja HSPM 2010/2011 dan Novel KOMSAS Tingkatan 5).

7. Deru Angin, UP&D, 2012 - Hafizah Iszahanid (Pemenang Tempat Pertama HSKU 2011).

8. Dalam Getar Waktu, UP&D, 2013 - Ruhaini Mat Darin (Pemenang Tempat Pertama HSKU 2012).

9. Ke Pulau Sebatik I, ITBM, 2012 - Nur Mustika (Pemenang Novel Remaja HSPM 2012).

10. Sepetang di Kafe Biblioholic, adiwarna, 2013 - Ainunl Muaiyanah Sulaiman (Pemenang Novel Remaja HSPM 2013).

11. Gerbang Raudhah, DBP 2014 - Rohaidah Yon (Pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja Koperasi DBP dan Pemenang Novel Remaja HSPM 2014).

12. Mengukir Larut, DBP, 2016 - Amer Hmzah L. Kadir (Pemenang Pertama Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2015).

Senarai ini sekadar cadangan bacaan sahaja. Sudah pastilah ada lebih banyak novel dan pilihan daripada penerbit dan penulis lainnya.

Novel yang saya senaraikan ini juga mengambil kira tahun terbitan terkini dalam lingkungan 2007 hingga 2016 untuk memudahkan pembaca untuk memilikinya.

Selamat membaca.

Mohd Helmi Ahmad
Senarai Novel Remaja Pilihan

Buku Ganti Duit Raya

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Pada Hari Raya Aidilfitri nanti, mari kita raikan dengan pemberian BUKU sebagai ganti DUIT RAYA kepada anak-anak, sanak saudara dan kanak-kanak yang beraya di rumah kita....
.
Ada 808 judul buku ditawarkan dengan harga RM3, RM5 dan RM10.
.
Boleh semak dulu senarai bukunya:
RM3: 189 judul klik https://goo.gl/mzfnVR
RM5: 404 judul klik https://goo.gl/v3uI8p
RM10: 215 judul klik https://goo.gl/IYXBuX
.
Cara pembelian:
E-mel sales@itbm.com.my
WhatsApp www.wasap.my/60192219015
Datang ke Wisma ITBM | Waze/Google Maps: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
.
Apa jenis buku yang ada?
Buku Cerita
Kisah Dongeng
Siri Sang Kancil
Bahan Bacaan Tambahan
Buku Bidang Matematik (sekolah rendah & menengah)
Buku Bidang Sains (sekolah rendah & menengah)
Rujukan Sekolah Rendah
Rujukan Sekolah Menengah
Novel
Cerpen
Puisi
dan banyak lagi....

Cara Menulis dan Menghantar Karya kepada Tunas Cipta

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



 Sejarah Ringkas

Tunas Cipta diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menampung karya calon penulis, penulis baharu dan penulis muda negara. 

Tunas Cipta mula dipasarkan pada Mac 2001 dengan nama Gen. Dengan mempertaruhkan moto majalah, “Sastera Generasi Baharu”, nama Tunas Cipta mula diguna pakai pada keluaran Jun 2001. 

Tunas Cipta menyediakan peluang yang terbuka kepada penulis muda berusia 40 tahun ke bawah untuk mengirimkan karya untuk dinilai. 

Ruangan Tunas Cipta

Untuk makluman, Tunas Cipta menyediakan ruangan seperti berikut:

1. Luahan Minda
2. Puisi Tradisional
3. Galeri Sastera
4. Fokus
5. Sejambak Ilham (Puisi/Sajak)
6. Nukilan Pena (Cerpen)
7. Ilham Kembara
8. Ulasan Buku
9. Bicara Tunas
10. Teater (Ulasan/Kritikan)

Kolum Penulis Tetap / Bersiri
1. Penghayatan Sastera STPM
2. Hak Cipta
3. Komik
4. Ulasan Cerpen
5. Pena Sutera
6. Ulasan Sajak
7. Novel Bersiri

Format Menulis Cerpen 
 
Bagi mengirimkan cerpen, penulis boleh menggunakan format ini: Word A4, Arial 12, langkau dua baris, 8 - 10 halaman.

Butiran / Maklumat Hantar Karya

Kirimkan karya anda bersama maklumat berikut:

Nama penuh
Nama pena (jika ada)
No kad pengenalan
No. telefon
Alamat surat-menyurat
Alamat e-mel
Nama bank dan no akaun.

Selamat menulis dan selamat mencuba.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Muda Pelapis Generasi Masa Depan

Senarai Novel Kanak-kanak Pilihan

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sebelum ini saya telah kongsikan senarai 12 buah novel remaja pilihan. Hari ini saya senaraikan pula 10 buah novel kanak-kanak pilihan yang boleh dibaca dalam usaha rakan-rakan menyertai SAYEMBARA NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK BH 2017.

Saya katakan lebih sukar untuk menyenaraikan novel kanak-kanak berbanding novel remaja. Barangkali saya tidak banyak membaca novel kanak-kanak.

Jika rakan-rakan pernah membaca novel kanak-kanak dan berasakan terbaik, bolehlah komen di bawah ini. Lebih baiknya jika novel itu masih berada di pasaran.

SENARAI NOVEL KANAK-KANAK PILIHAN

1. Beruk, ameen kreatif, 2010 - Azizi Haji Abdullah (Pemenang Novel Kanak-kanak HSPM 2010/2011)

2. Pencinta Aalam, DBP, 2010 - Azizi Haji Abdullah

3. Di Simpang Jalan, PTS, 2012 - A. Samad Said ( Novel kanak-kanak yang diangkat sebagai karya klasik moden abad ke-20)

4. Jalan Retak, PTS 2012 - A. Samad Said

5. Antara Kabus ke Kabus, PTS, 2012 - A. Samad Said

6. Suteki Da Ne Aleena, ITBM, 2013 - Mass Ruhaiza Ali (Pemenang Novel Kanak-kanak HSPM 2013)

7. Budak Tin, ITBM, 2013 - Nazrie Haslieanie (Tersenarai ke Peringkat Akhir HSPM 2013)

8. ... rahsia Dhia!, DBP, 2014 - Zainun Mustapha (Pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja 2013 dan Pemenang Novel Kanak-kanak HSPM 2014)

9. Tanah Negeri Jambatan Pelangi, ITBM, 2016 - Nur Mustika

10. Budak California, DBP, 2017 - Mass Ruhaiza Ali

Senarai ini sekadar cadangan bacaan sahaja. Sudah pastilah ada lebih banyak novel dan pilihan daripada penerbit dan penulis lainnya.

Selamat membaca.

Mohd Helmi Ahmad
Senarai Novel Kanak-kanak Pilihan

Tip Menulis Karya Bertema dalam Majalah dan Akhbar

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kerja-kerja menulis juga perlukan perancangan yang rapi. 

Apa itu perancangan?

Baik, apabila menyentuh tentang perancangan, penulis perlu membina jadual kerja untuk menghasilkan karya.
Jadual kerja itu merangkumi tema karya, tempoh masa karya dihasilkan dan bila karya itu perlu dihantar kepada editor.

1. Tema Karya
Untuk menghasilkan karya bertema atau sempena perayaan, penulis terlebih dahulu perlu menyenaraikan tema yang ada untuk memudahkan penulis menulis. Misalnya:

i. Tahun Baharu
ii. Tahun Baharu Cina
iii. Hari Ibu
iv. Hari Guru
v. Hari Bapa
vi. Hari Kemerdekaan
vii. Bulan Ramadan
viii. Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha
x. Hari Deepavali / Krismas

Senarai di atas sekadar beberapa sahaja.

Apabila penulis berjaya menyenaraikan tema tersebut, akan memudahkan penulis untuk menulis dan menyasarkan karya yang hendak dihasilkan dalam tempoh waktu tertentu.

2. Tempoh Masa
Bila karya bertema tersebut perlu dihasilkan? Sudah pastilah tiga bulan awal daripada bulan sambutan perayaan tersebut.

Namun, penulis juga haruslah bijak menganalisis akhbar dan majalah manakah yang menyiarkan karya bertema tersebut.

Adakala, tema yang disenaraikan itu hadir serentak atau bertindih. Misalnya, Hari Ibu dan Hari Guru pada bulan Mei.

Jika penulis tidak melakukan "kerja rumah" dengan menganalisis sesebuah penerbitan, sudah pastilah penulis akan menanggung kerugian apabila karya yang dihantar disisihkan.

3. Penghantaran Karya
Bila karya bertema ini perlu dihantar? Secara puratanya, dapatlah dianggarkan begini.

Bagi penerbitan sebuah majalah bulanan, sudah pastilah penulis perlu menghantar sekurang-kurangnya tiga bulan awal.

Manakala bagi penerbitan akhbar bolehlah dihantar dua bulan awal.

Berikut merupakan perincian karya saya yang bertema Ramadan yang pernah disiarkan dalam majalah dan akhbar.

Tahun 2012
1. Seri Muka Ramadan - Jelita, Julai 2012
2. Dangai Ramadan - Wanita, Julai 2012
3. Memerdekakan Ramadan - Harmoni, 15-30 Julai 2012
4. Mabuk Cinta Keladi - Perempuan, Julai 2012

Tahun 2013
5. Kuseru Nama-Mu ke Langit Ramadan Jelita, Julai 2013
6. Sayur Keladi di Atas Bukit - BH Ahad, 3 November 2013

Jika penulis bijak merancang, tidak mustahil pada satu-satu tahun, penulis dapat melihat lebih daripada sebuah karya yang disiarkan dalam akhbar dan majalah.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Cerpen Eceran Majalah dan Akhbar

Jawab Begini, Jika Ditanya Bila Nak Kahwin?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya ada terbaca juga tentang jawapan-jawapan yang boleh diberikan andai orang bujang ditanyai dengan soalan ini pada hari raya Aidilfitri nanti.

"Bila nak kahwin?"

....................

Saya juga pernah ditanyai dengan soalan itu. Yang bertanya itu pula seorang ustaz, orang kampung saya.
"Mi, hang nak macam mana? Mai Abang E, carikan. Bekas anak murid Abang E pun ramai," katanya yang juga bekas pensyarah IPG.

Saya hanya tersenyum.

"La, orang tanya, senyum pula."

"Belum ada jodoh lagi," jawab saya.

"Jodoh kena cari juga. Tapi kalau belum sampai serunya, kita nak buat lagu mana kan.

Jodoh orang tak sama; ada yang cepat. Ada yang lambat. Ada yang kahwin awal, tapi belum ada anak. Itu rahsia-Nya yang kita tak tahu.

Hang tak payah risaulah. Kalau Allah dah tetapkan seseorang tu kahwin lambat, itu bermakna Dia nak kita (anak) berbakti kepada mak pak kita dulu.

Tak semua orang berpeluang berbakti kepada mak pak sehingga ke akhir hayat. Besar pahalanya."

................

Budi bahasa budaya kita. Selalunya orang yang bertanya, orang yang "sayang" dan ambil berat terhadap kita.
Santunilah mereka ini dengan bahasa yang baik, walau adakala pertanyaan itu berbaur sindiran ataupun lelucon.

Apabila kita menjawab dengan baik, insya-Allah mereka pun akan malu alah untuk bertanya lagi.
Jadi kita jawablah dengan lembut dan sopan.

"Tuan, puan, abang, kakak doakan saya cepat bertemu jodoh dan berkahwin."

Mohd Helmi Ahmad
Catatan Seorang Hamba Allah

Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR BH 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


PEMENANG ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR - BH 2017 

FIKSYEN 

1. Suri Hati Mr. Pilot - Dila Dyna

2. Semusim di Barzakh - Hadi Fayyadh

3. Imaginasi - Ramlee Awang Murshid 


BUKAN FIKSYEN 

1. Pelukis Jalanan - Teme Abdullah

2. # Pujuklah Hati 3 - Bonda Nor

3. I'm A Backpacker: Europe - Khairul Abdullah

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Pada 13 November 2017 lalu telah berlangsung majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016

Jika sebelum ini, HSKU ditaja oleh ExxonMobil tetapi sejak HSKU 2015, Permodalan Nasional Malaysia (PNM) tampil menjadi antara penaja utama. 

Menariknya HSKU 2016 apabila MCMC - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut bersama menjadi penaja. 

Kemasukan MCMC ini telah mewujudkan satu lagi kategori iaitu Cerpen Media Baharu dalam HSKU.

PEMENANG HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU) 2016


KATEGORI NOVEL REMAJA
Pertama: Khilaf - Salina Ibrahim
Kedua: Manifestasi Ketam Biru - Md.Nizar Parman
Ketiga: Rindu Syonam To - Husna Nazri

HADIAH PENGHARGAAN
1] Penebus Kalbu - Abang Median Abang Said @
2] Genetik Kamilah - Aminah Mokhtar
3] Metamorfosis -Azida Ishak

KATEGORI CERPEN REMAJA
HADIAH UTAMA
1] Cikgu Mei Ling dan Cerita Mei: Wanita 2016 - Husna Nazri
2] Lelaki Marmar Putih: Mingguan Malaysia, 10 April 2016 - Abdul Razak Rezeki Othman
3] Silikon dan Besi: Mingguan Malaysia, 17 Januari 2016 -Muhammad Musoddiq Jaafar

HADIAH PENGHARGAAN
1] Runtun Kalbu: Mingguan Malaysia, 26 Jun 2016 - Wan Marzuki Wan Ramli
2] Janganlah Jauh: Mingguan Malaysia, 28 Februari 2016 - Dayangku Mastura
3] Selipar Jepun untuk Amirul Mukmin: Wanita, 2016 - Diq Na
4] Nasab Andropaus: Mingguan Malaysia, 2016 - Samiron Rahmat
5] Demonstrasi Rasa: Mingguan Malaysia, 16 Oktober 2016 - Siti Nur Hidayah Abdullah

KATEGORI PUISI
HADIAH UTAMA
1] Comici Subsidio: Mingguan Malaysia, 13 Mac 2016 -
2] Menakluk Percakapan: Mingguan Malaysia, 23 Oktober 2016 - Ainunl Muaiyanah Sulaiman
3] Merasuk Tubuh Sejarah: Mingguan Malaysia, 13 November 2016 - Abizai

HADIAH PENGHARGAAN
1] Di Laman Syaaban: Mingguan Malaysia, 29 Mei 2016 - Solihin Osman
2] Pisau Risau: Mingguan Malaysia, 20 Mac 2016 - Nazim Mohd Subari
3] Mimpi Sang Kupu-kupu: Mingguan Malaysia, 16 Oktober 2016 - S.M. Zakir
4] Sajak kepada Pengebom Berani Mati: Mingguan Malaysia, 10 April 2016 - Faisal Mat Zawi
5] Siapa Sudi Membina Kubu Denganku: Mingguan Malaysia, 10 Januari 2016 - Iwan Reaz

KATEGORI CERPEN
HADIAH UTAMA
1] Bahtera Putih di Sungai Sejarah: Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2016 - Malim Ghozali PK
2] Tribunal- Apologia Pandir: Mingguan Malaysia, 8 Mei 2016 - M.Hashim Osman
3] Broker Melayu Terakhir: Manderam Omi Relekun: Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2016 - Zainal Rashid Ahmad

HADIAH PENGHARGAAN
1] Bibir T. Alias Taib: Mingguan Malaysia, 21 Februari 2016 - Wan Nor Azriq
2] Sebuah Negeri di Dalam Telinga: Mingguan Malaysia, 25 September 2016 - Abang Median Abang Said
3] Kota Peradaban Averroes: Mingguan Malaysia, 2016 - A.Muziru Idham
4] Maharani 1938: Mingguan Malaysia, 2016 - Maslina Ngadiman
5] Sepanas Marrons Chauds: Mingguan Malaysia, 24 Januari 2016 - Maskiah Masrom

KATEGORI RENCANA SASTERA
1] Karya Indie Umpama Grafiti: Mingguan Malaysia, 27 Mac 2016 - Azman Hussin
2] Kejayaan Menumpulkan Pena: Mingguan Malaysia, 17 Januari 2016 - Wan Nor Azriq

CERPEN MEDIA BAHARU
HADIAH UTAMA
1] Emel Sang Psikosis - Husna Nazri

PENGHARGAAN
1] Dakwah FB - Suhaimi Jamaudin
2] Demi Pengakhiran itu - Idarasul
3] Sambal Bilis Goreng Mak - Adilah Abdul Kadir
4] Siswazah Butik - Nurimas SN
5] Takdir Bukan Pilihan - Rosnani Ahmad

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Hari Anugerah Cemerlang atau Hari Anugerah Kecemerlangan?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sekadar gambar hiasan


Pada minggu akhir persekolahan, sudah pastilah kebanyakan sekolah akan menganjurkan hari kecemerlangan untuk menghargai dan mengiktiraf murid yang cemerlang. 

Bagi guru yang menguruskan pentas dan buku program pastinya keliru untuk menamakan program dengan betul. 

Hari Anugerah Cemerlangkah? Hari Anugerah Kecemerlangankah? Oleh itu, mari kita sama-sama membaca perkongsian daripada Cikgu Ghalib Yunus ini. 

Gunakanlah frasa nama yang betul seperti yang berikut:

1. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar atau Majlis Anugerah Kecemerlangan

2. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik

3. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum atau Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Elakkan penggunaan ayat yang berikut sebagai tajuk majlis yang kita anjurkan:

1. Majlis anugerah cemerlang. (Maksudnya ialah majlis anugerah itulah yang cemerlang. Oleh hal yang demikian, majlis itu wajar diberi hadiah.

2. Majlis anugerah cemerlang akademik (Maksudnya ialah majlis.anugerah tersebutlah yang cemerlang akademiknya)

3. Majlis anugerah cemerlang kokurikulum (Maksudnya ialah majlis anugerah itulah yang cemerlang kokurikulumnya)

Dalam hal ini, pengguna bahasa perlu membezakan frasa dengan ayat.

Marilah kita mengutamakan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Karya yang Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir HSKU 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016 telah diumumkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Sudah pastilah karya yang memenangi HSKU 2016 ini antara karya terbaik daripada yang terbaik. 

Karya yang disenaraipendekkan ke peringkat akhir juga wajar diberikan pujian kerana terpilih daripada sejumlah karya yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan Wanita pada tahun 2016. 

Menurut laporan panel penilai, pada tahun 2016 sebanyak 63 buah cerpen yang disiarkan iaitu 52 buah dalam Mingguan Malaysia dan 11 buah dalam Wanita. Manakala kategori puisi pula sebanyak 283 buah puisi yang disiarkan iaitu 239 buah dalam Mingguan Malaysia dan 44 buah dalam Wanita. 

Penulis dan pembaca yang berhasrat untuk menghantar karya ke Mingguan Malaysia dan memenangi HSKU, bolehlah membaca kesemua karya yang disenaraipendekkan ini sebagai panduan dan penanda aras.

Oleh itu, di sini saya kongsikan senarai karya yang disenaraipendekkan itu mengikut kategori berikut:

CERPEN REMAJA

1] Blastosista - Saza S, Mingguan Malaysia, 27 Mac 2016 
2] Cikgu Mel Ling dan Cerita Mei - Husna Nazri, Wanita, 1Mei 2016
3] Demonstrasi Rasa - Siti Nur Hidayah Abdullah, Mingguan Malaysia, 16 Oktober 2016 
4] Deus Ex Machina - Ratna Laila Shahidin, Mingguan Malaysia, 13 Mac 2016
5] Janganlah Jauh - Dayangku Mastura, Mingguan Malaysia, 28 Februari 2016 
6] Kunang-kunang di Langit Kenangan - Abang Median Abang Said, Mingguan Malaysia, 20 Mac 2016 
7] Lelaki Marmar Putih - Abd. Razak Rezeeki Othman, Mingguan Malaysia, 10 April 2016 
8] Makna Dua Warna - Zulaikha Adam, Mingguan Malaysia, 18 Disember 2016 
9] Mencari Sastera - Nordin Saad, Mingguan Malaysia, 4 September 2016 
10] Nasab Andropaus - Nurimas SN, Wanita, Jun 2016 
11] Runtun Kalbu - Wan Marzuki Wan Ramli, Mingguan Malaysia, 26 Jun 2016 
12] Sahabatku Bulan - Zainal Rashid Ahmad, Wanita, Februari 2016 
13] Seberkas Sepi - Shaidah Safei, Harmoni, 1 April 2016 
14] Selipar Jepun untuk Amirul Mukmin - Diq Na, Wanita, Januari 2016
15] Silikon dan Besi - Muhammad Musoddiq Jaafar, Mingguan Malaysia, 17 Januari 2016 


CERPEN UMUM

1] Bahtera Putih di Sungai Sejarah - Malim Ghozali PK, Mingguan Malaysia, 28 Ogos 2016
2] Bibir T. Alias Taib - Wan Nor Azriq, Mingguan Malaysia, 21 Februari 2016 
3] Broker Melayu Terakhir: manderam Omi Relekun - Zainal Rashid Ahmad, Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2016 
4] Broker Terakhir Tanah Melayu - Zainal Rashid Ahmad, Mingguan Malaysia, 31 Julai 2016 
5] Ekskavasi Sungai Batu - Salman Sulaiman, Mingguan Malaysia, 25 Disember 2016 
6] Kealpaan - Daeng Ramliakil, Mingguan Malaysia, 23 Oktober 2016
7] Kota Dosa - Zulaikha Adam, Mingguan Malaysia, 24 April 2016
8] Kota Peradaban Averroes - A. Muziru Idham, Mingguan Malaysia, 7 Februari 2016 
9] Kota Tanah Paya - S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 18 September 2016 
10] Maharani 1938 - Maslina Ngadiman, Mingguan Malaysia, 4 Disember 2016 
11] Riben Merah Jambu - Zurhan Bakar, Wanita, Oktober 2016 
12] Sebuah Negeri di Dalam Telinga - Abang Median Abang Said, Mingguan Malaysia, 25 September 2016 
13] Sepanas Marrons Chauds - Maskiah Masrom, Mingguan Malaysia, 24 Januari 2016 
14] Tribunal - Apologia Pandir - Mohd Hashim Osman, Mingguan Malaysia, 8 Mei 2016 
15] Ustaz Tarbus - Kamal Ishak, Mingguan Malaysia, 17 Julai 2016 
16] Saka Harimau Tempang - Zainal Rashid Ahmad, Mingguan Malaysia, 1 Mei 2016 


PUISI

1] Bahasa Diam - Abizai, Mingguan Malaysia, 31 Januari 2016 
2] Begitu Kata Pantai - Mohammad Saleeh Rahamad, Mingguan Malaysia, 6 Mac 2016 
3] Comici Subsido - Raihani M. Saaid, Mingguan Malaysia, 13 Mac 2016 
4] Di Laman Syaaban - Solihin Isman, Mingguan Malaysia, 29 Mei 2016 
5] Kembara - Endrique Lee, Mingguan Malaysia, 27 November 2016
6] Lantai - Nazim Mohd Subari, Mingguan Malaysia, 9 Oktober 2016 
7] Lelaki di Pelabuhan Realiti - Ihsan Noorzali, Mingguan Malaysia, 25 September 2016 
8] Menakluk Percakapan - Ainunl Muaiyanah Sulaiman, Mingguan Malaysia, 23 Oktober 2016 
9] Mencari Makna-makna dalam Kata-kata - Malim Ghozali PK, Mingguan Malaysia, 21 Februari 2016 
10] Menyaring Madu di Taman Kearifan - Khairil Idham Ismail, Mingguan Malaysia, 13 Mac 2016 
11] Merasuk Tubuh Sejarah - Abizai, Mingguan Malaysia, 13 November 2016 
12] Mimpi Sang Kupu-kupu - S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 16 Oktober 2016 
13] Obor di Pintu Kota - Muzaf Ahmad, Mingguan Malaysia, 7 Februari 2016
14] Orang-orang Miskin Hari Ini - Azman Hussin, Mingguan Malaysia, 6 November 2016
15] Pentas Kebenaran - Husna Nazri, Mingguan Malaysia, 14 Februari 2016 
16] Pisau Risau - Nazim Mohd Subari, Mingguan Malaysia, 20 Mac 2016 
17] Sajak kepada Pengebom Berani Mati - Faisal Mat Zawi, Mingguan Malaysia, 10 April 2016 
18] Sarjana Jauhari - Azmi Yusoff, Mingguan Malaysia, 7 Februari 2016 
19] Siapa Sudi Membina Kubu Denganku? - Iwan Reaz, Mingguan Malaysia, 10 Januari 2016 


RENCANA SASTERA

1] Dibelenggu Akta Hak Cipta - Zurinah Hassan, Mingguan Malaysia, 6 Mac 2016 
2] Karya Indie Umpama Grafiti - Azman Hussin, Mingguan Malaysia, 27 Mac 2016 
3] Kebaharuan Pengucapan Puisi di Malaysia - S.M. Zakir, Mingguan Malaysia, 28 Disember 2016 
4] Kejayaan Menumpulkan Pena - Wan Nor Azriq, Mingguan Malaysia, 17 Januari 2016 
5] Media Baharu dan Penyebaran Karya Sastera - Aminudin Mansor, Mingguan Malaysia, 11 September 2016 
6] Memperkasa Bahasa, Sastera dan Budaya - Aminudin Mansor, Mingguan Malaysia, 15 Mei 2016 
7] Puitika Melayu dan Islam dalam Gurindam - Ridzuan Kamis, Mingguan Malaysia, 30 Oktober 2016 
8] Sains dan Sastera Mesti Seimbang - Aminudin Mansor, Mingguan Malaysia, 30 Oktober 2016
9] Sastera Sebagai Subjek Teras di Sekolah - Daeng Ramliakil, Mingguan Malaysia, 4 Disember 2016

Syabas dan tahniah kepada semua penulis yang tersenarai. 

Beli Novel dan Antologi HSKU 2016 di Gallery Bookstore

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Novel dan antologi pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016 telah pun terbit dan dilancarkan pada malam penyampaian hadiah 13 November 2016 yang lalu. Boleh rujuk Senarai Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016

Novel yang diangkat sebagai pemenang dan antologi; cerpen remaja, cerpen umum, puisi, rencana sastera dan cerpen media baharu yang menghimpunkan karya pemenang harus dibaca dan dikaji. 













Apalah gunanya sesebuah buku itu dan sebaik mana sekalipun tetapi jika tidak disentuh atau tidak dibaca oleh masyarakat buku itu tetap tidak hidup. 

Oleh itu, bagi seorang penulis jika berhasrat untuk menulis karya yang berkualiti dan berhasrat untuk menghantar penyertaan boleh dapatkan buku pemenang HSKU ini untuk dijadikan panduan.

Pembelian boleh dibuat terus di GALLERY BOOKSTORE yang menawarkan potongan harga 15%.
 


Hadiah Kemenangan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



HSKU 2016 telah sudah dilangsungkan. Apabila melihat hadiah kemenangan yang dinaikkan, satu anjakan yang baik dalam usaha mengiktiraf hasil kerja seorang penulis.

Hadiah Kemenangan HSKU 2016:

NOVEL REMAJA
1] RM12,000
2] RM8,000
3] RM5,000


PENGHARGAAN
1] 2 Hadiah: RM2,000

CERPEN UMUM
1] 3 Hadiah Utama: RM5,000

PENGHARGAAN
1] 5 Hadiah: RM1,500

CERPEN REMAJA
1] 3 Hadiah Utama: RM3,500

PENGHARGAAN
1] 5 Hadiah: RM1,500

PUISI
1] 3 Hadiah Utama: RM2,000

PENGHARGAAN
1] 5 Hadiah: RM1,000

RENCANA SASTERA
1] 2 Hadiah Utama: RM5,000

CERPEN MEDIA BAHARU
1] 1 Hadiah Utama: RM5,000

PENGHARGAAN
1] 5 Hadiah: RM1,000


10 Perkara yang Ulat Buku Suka Buat dan Tak Suka Buat

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Bolehlah dikatakan saya ini suka pada buku dan suka membaca atau istilah lain ulat buku. Sebagai pencinta buku, ada perkara yang saya suka buat dan ada perkara yang saya tak suka buat. 

1] Pengalaman saya membaca buku, tidak sesekali akan membaca halaman terakhir untuk mengetahui cerita atau menyudahkan pembacaan lebih awal. 

2] Tidak akan menyelak halaman seterusnya selagi tidak habis dibaca halaman sebelumnya. Dengan kata lain, ikut urutan. Tak suka langkau-langkau atau tebuk-tebuk. 

3] Kadangkala kalau buku yang dibaca "tak boleh masuk", saya tinggalkan dahulu. Ambil buku lain pula. 

4] Tidak suka melipat halaman buku apatah lagi "menconteng" buku atau menanda sesuatu pada halaman tertentu. Oleh itu, kalau ada yang berhajat nak pinjam koleksi buku saya kena fikir banyak kali dululah.

5] Kalau baca kumpulan cerpen atau puisi, perkara pertama yang wajib baca ialah prakata dan kata pengantar.

6] Kalau sibuk sangat, bahagian ini saya baca dulu, kemudian ada masa baru baca isinya.

7] Ada buku yang ada biodata penulis dan sebaliknya. Bahagian ini juga saya suka baca. Walaupun dah pernah baca biodata penulis tu sebelum ini, tetap juga ingin membacanya.

8] Sejak bekerja lebih suka membaca buku yang dibeli sendiri daripada meminjam daripada sesiapa ataupun di mana-mana.

9] Saya tak ada masa tertentu untuk membaca. Adakala sela masa menonton TV pun sempat lagi membaca.

10] Pantang saya membaca dalam kenderaan bergerak. Pening!

Hangpa pula lagumana?


Senarai Pemenang HSPM 2015/2016 dan HSTC 2015/2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Alhamdulillah, majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 dan Hadiag Sastera Tunas Cipta (HSTC) 2015/2016 telah selamat dilangsungkan dengan jayanya di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka. Keputusannya adalah seperti berikut:


KEPUTUSAN PENUH PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) DAN HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA (HSTC) 2015/2016
PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 2015/2016

KATEGORI A: BUKU/KUMPULAN
NOVEL
1] Bukan Orang-orang: ITBM, 2015 - Hafizah Iszahanid

KUMPULAN CERPEN
1] Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo: ITBM, 2015 - Jasni Matlani

KUMPULAN PUISI
1] 77 Tuju (Siri "Ingatan kepada Kawan"): ITBM, 2015 - Zaen Kasturi

KUMPULAN DRAMA
1] Saya dari Tanjung Penaga: DBP, 2015 - Marzuki Ali

KATEGORI B: CERPEN ECERAN
1] Dia Yang Berlari Kencang Dalam Debu Perang
Berita Harian, 20 September 2015 - Mawar Safei

2] Disebel Iman: Berita Harian
11 Oktober 2015 - Nisah Haron

3] Rumah Ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya
Mingguan Malaysia, 4 Januari 2015 - Siti Jasmina Ibrahim

4] Rumah
Mingguan Malaysia, 8 Mac 2015 - Hazwani Rebecca Ilham Rameli

5] Pascasejarah X Negeri Tanpa Matahari
Dewan Sastera, September 2015 - Fahd Razy

6] Cerita-cerita Tentang Lidah
Dewan Sastera, Januari 2016 - Hafizah Iszahanid

7] Apis Dorsata
Dewan Sastera, Oktober 2016 - Fudzail Nor

8] Air
Mingguan Malaysia, 6 Mac 2016 - Malim Ghozali Pk

9] Musim Monyet Mabuk
Berita Harian, 3 April 2016 - Zainal Rashid Ahmad

10] Rumah Kupu-Kupu
Berita Harian, 21 Ogos 2016 - SM Syed Mohd Zakir

KATEGORI B: CERPEN ECERAN REMAJA
1] Trisomi Dua Puluh Satu
Mingguan Malaysia, 1 Mac 2015 - Zulaikha Adam

2] Kancil, X-Trail dan Sebuah Bengkel
Dewan Siswa, September 2016 - Abang Median Abang Said

3] Seekor Burung di Luar Sangkar
Berita Harian, 9 Ogos 2015 - Saifullizan Yahaya

KATEGORI B: PUISI ECERAN
1] Puisi Perang di Semerah Padi
Dewan Sastera, Februari 2016 - Siti Raihani Mohd.Saaid

2] Berbalah Dengan Kata
Dewan Sastera, Disember 2015 - Rudi Mahmood

3] Sengaja Aku Memilih Beza
Dewan Sastera, April 2016 - Ratna Laila Shahidin

4] Peniup Seruling Merionette
Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2015 - Muzaf Ahmad Muz Ahmad

5] Walau Belum Pernah Tepat
Berita Harian, 14 Ogos 2016 - Rosli K. Matari

6] Di Dalam Sebuah Kolam Naluri
(Sajak Pelengkap : Di Atas Badan Seekor Ikan)
Berita Harian, 21 Ogos 2016 - Adinata Gus (Mohamad Noor Arif Ali Raya)

7] Bahasa
Dewan Sastera, Oktober 2015 - Teratai Abadi

8] Mujahadah Takdir Dalam Kesturi Syukur
New Sabah Time, 2 April 2015 - Sahara Jais

9] Melati
Dewan Sastera, Disember 2015 - Roslan Jomel

10] Di Luar Bingkai Sejarah
Dewan Sastera, Oktober 2016 - Hilmi Rindu

KATEGORI B: ESEI/KRITIKAN SASTERA ECERAN
MAKALAH ILMIAH
1] Pemikiran Kontemporari dalam Unsur Kejenakaan Sastera Melayu Islam
Pengajian Melayu Kontemporari, APM, UM, 2016 - Mohd. Taufik Arridzo Mohd Balwi

SEPARA ILMIAH
1] Menyoal Peran Kesusasteraan Kebangsaan Sebagai Penjana Peradaban Bangsa
Dewan Sastera, Ogos 2016 - Abang Patdeli Abang Muhi

2] Kolonialisme dan Literary Renaissance Dunia Melayu Abad ke-18/19
Dewan Sastera, April 2015 - Noriah Taslim

3] Penilaian Semula Peranan Sastera Kebangsaan Sebagai Pembina Negara Bangsa
Dewan Sastera, Jun 2016 - Saleeh Rahamad

4] Antara Anugerah Sastera dengan Prestij Seorang Penulis
Tunas Cipta, Januari 2016 - Roslan Jomel

5] Karya Fiksyen di Atas Peta Imaginasi
Dewan Sastera, September 2016

KATEGORI B: DRAMA ECERAN
1] Bangsawan Tujuh Gong Sakti
Dewan sastera, Oktober - November 2015 - Allahyarhamah Rohani Md. Yousoff

2] Tangan-tangan yang Tinggal
Dewan Sastera, Januari - April 2015 - Siti Jasmina Ibrahim

3] Buang
Dewan Sastera, Mei - Jun 2015 - Roziah Adama

KATEGORI C: BUKU SASTERA KANAK-KANAK
NOVEL KANAK-KANAK
1] Iqbal Membina Jaya
DBP, 2015 - Radzemah Bolhassan

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
1] Tekukur di Ranting
K' Publishing, 2015 - Khadijah Hashim

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
1] Anak Wawasan
DBP, 2016 - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK
1] Bangau Oh Bangau
DBP, 2015 - Azmizi Zakaria

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK
1] Tapir dengan Kotak Ajaib
DBP, 2015 - Mohd Norazmi Mohd Mokhtar

KATEGORI D: BUKU SASTERA REMAJA
NOVEL REMAJA
1] Empunya Kalbu
UP&D, 2015 - Sri Rahayu Mohd Yusop

KUMPULAN PUISI REMAJA
1] Madu di Tangan
ITBM, 2015 - Mohd Helmi Ahmad

KUMPULAN CERPEN REMAJA
1] Obsesi Cintamu, Zulaikha
ITBM, 2016 - Nazri Hussein

PEMENANG HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA (HSTC) 2015/2016
KATEGORI: KANAK-KANAK (PUISI)
1] Jasa Ibu
Dewan Pelajar, Disember 2016 - Nur Naazira Mohamad

2] Layang-layang
Dewan Pelajar, Oktober 2015 - Farhan Marwoto

3] Rama-rama
Dewan Pelajar, Mei 2015 - Nur Anis Fasihah Zainal

4] Guru
Dewan Pelajar, Ogos 2015 - Adib Muhammad Daniel Haizul

5] Impian Keluarga
Dewan Pelajar, Januari 2016 - Ahmad Faiz Hakimi Adnan

KATEGORI: KANAK-KANAK (CERPEN)
1] Bercuti di Ho Chi Minh
Dewan pelajar, Mac 2015 - Amirul Asraff Azmi

2] Singa dan Sang Tupai
Dewan Pelajar, Mei 2015 - Wan Muhammad Firdhaus Wan Md Suhaimi

3] Orang Tamak Selalu Rugi
Dewan pelajar, Februari 2016 - Muhammad Isyraf Fahmi Shah Yusnaidi

4] Menjadi Mangsa Penculikan
Dewan Pelajar, November 2015 - Nada Amalia Batrisyia Mohd Akhir

5] Pertandingan Badminton
Dewan pelajar, Disember 2015 - Mohd Nuruddyn Hafiz Haridyn

KATEGORI: REMAJA (PUISI) 
1] Perahu
Tunas Cipta, Julai 2016 - Siti Nor Harmiza Ibrahim

2] Di Taman Copou
Tunas Cipta, Mei 2016 - Arif Danial Mohd Lodfi

3] Sebuah Istighfar
Dewan Siswa, April 2016 - Nur Akmaliah Alias

4] Merpati Bahasaku
Dewan Siswa, Julai 2016 - Muhammad Amiru; Mohd Zain

5] Telah Kutitipkan Kuntuman Doa
Dewan Siswa, Julai 2016 - Azharuddin Alias

KATEGORI: REMAJA (CERPEN)
1] Pulang
Dewan Siswa, Jun 2015 - Adam Muhammad Taufiq Mohamad Suharto

2] Syurga Khalifah Kecil
Tunas Cipta, April 2016 - Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid

3] Chaq
Tunas Cipta, Julai 2016 - Muhammad Iqbal Marzuki

4] Kemboja di Tanah Sahara
Tunas Cipta, Januari 2016 - Muhammad Muhaimin Mohd Subki

5] Terima kasih
Tunas Cipta, Disember 2015 - Nik Nur Asiah Asyikin Nik Sen 

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.


Madu di Tangan: Kumpulan Puisi Remaja Terbaik 2015/2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 

Syukur kehadrat Ilahi dengan izin-Nya, saya dapat naik ke pentas HSPM buat kali kedua dalam kategori buku sastera remaja. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato Seri Mahdzir Khalid - Menteri Pendidikan Malaysia dan Dato Sri Alias Hj Ahmad - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 28 November 2017 lalu.

Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan terbitan ITBM, 2015 sangat istimewa bagi saya.
 

Sijil kemenangan yang diperoleh.


Saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, guru-guru, penerbit eceran dan buku (ITBM) yang memberikan sokongan terhadap hasil penulisan saya. Terima kasih juga kepada panel penilai yang meluluskan manuskrip ini dan panel hakim yang mempercayai dan mengiktiraf karya saya ini. 



Terima kasih kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah.

Keputusan penuh Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016.

Mohd Helmi Ahmad
Bakat Anugerah Kurniaan Ilahi


Senarai Pemenang Hadiah Sastera Selangor - Selangorkini 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



KEPUTUSAN HADIAH SASTERA SELANGOR 2017

KATEGORI PUISI

PEMENANG UTAMA:
Catatan yang Dilipat Menjadi Kapal Terbang Kertas Lalu Diluncur dari Tingkat Lapan Sebuah Pangsapuri (dan ia tidak mahu dijumpai lagi): Ahmad Fadhlil bin Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy)

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Aku Setia Menunggu: Zainal Abidin bin Suhaili (Abizai)
2. Hari-hari Berlalu Tanpa Namamu di Awan: Hazril Hafiz Mohd Hassan (Hafiz Hamzah)
3. Engkau Memakai Agamamu dengan Baik (untuk Ibrahim): Nurus Syamilah Amir Hamzah (Nour Amir)
4. Saat Ini Negeri Kami: Iman Danial Hakim Md Azam (Iman Danial Hakim)

KATEGORI CERPEN

PEMENANG UTAMA:
Ceritanah: Azrin Fauzi

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Apa-apa yang ditambah kosong: Mohd Syafiq Ghazali
2. Zhu di dalam zoo: A'riff Mustaffa Hamzah
3. Dan aku memesan secangkir kopi lagi: Muhammad Arif Zulkifli
4. Sambal pecal Wak Sarni: Tumirah Md Abas (Asmira Suhadis)

KATEGORI ESEI

PEMENANG UTAMA: (Tiada)

HADIAH PENGHARGAAN:
1. Perihal istilah aneh gubahan DBP: Muhammad Aisamuddin Md Asri (Aisa Linglung)
2. Saktinya Sastera, Membumikan Karya?:Amir Hafyan Fadhil
3. Paus Biru dan Perjalanan Spiritual: Roslan Jomel
4. Teater Modular: Antara Berahi dan Bijaksana: Haizir Othman

Kredit: FB Fazallah Pit


Pengalaman Menulis Karya Eceran dalam Majalah

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Pagi ini saya ambil kesempatan untuk mengemas dan menyusun rak majalah pula. Sepanjang saya menulis secara eceran, inilah sebahagian majalah yang saya simpan. 

1] Pada awalnya saya beli majalah untuk bacaan dan membuat rujukan. Baca dan analisis.

2] Dengan membeli majalah tersebut, saya dapat menyemak alamat e-mel editor yang mengendalikan ruangan kreatif.

3] Saya pernah melanggan majalah Dewan Sastera, Pelita Bahasa dan Tunas Cipta pada tahun 2014, 2015 dan 2016. 

4] Mulai tahun 2017, saya membuat keputusan untuk membeli sendiri Dewan Sastera dan Tunas Cipta di kedai.

5] Majalah terbitan DBP yang lain saya akan beli mengikut beberapa pertimbangan tertentu.

6] Pada awal dahulu, malu juga nak belek majalah perempuan. Orang pandang lain macam saja. Tapi kini, saya buat "bodoh" saja. 

7] Ada sebahagian majalah ini pernah menyiarkan puisi, cerpen dan artikel saja. Oleh itu, saya beli dan simpan.

8] Saya mula menghantar karya ke majalah menggunakan perkhidmatan pos. 

9] Pertama kali saya mendapat panggilan telefon daripada editor yang mengendalikan ruangan cerpen majalah Jelita meminta saya menge-melkan cerpen - Hantaran yang saya hantar melalui pos. Rasa seronok bukan main lagi.

10] Ada majalah yang saya hantar karya melalui pos tidak disiarkan. Tetapi apabila saya hantar melalui e-mel, disiarkan. 

11] Ada majalah URTV yang pernah menyiarkan puisi dan cerpen saya, tak sempat nak beli sebab tak tahu yang karya tersebut disiarkan.

12] Dahulu pernah juga, dalam sebulan, empat buah cerpen saya disiarkan dalam majalah.

13] Ada karya saya yang pernah disiarkan dalam majalah telah saya bukukan dalam Tetamu Istimewa, Madu di Tangan dan Bila Ayah Berkaca Mata Hitam.

14] Dua buah cerpen saya yang disiarkan dalam majalah Harmoni pernah menang HSKU pada tahun 2010 dan 2011. Kini majalah Harmoni telah menggugurkan ruangan kreatif.

15] Ada juga majalah yang pernah menyiarkan karya saya telah menutup operasi penerbitannya.

Kalau nak cerita, tak habis. Cukuplah 15 fakta yang saya senaraikan ini untuk dikongsikan dengan rakan-rakan. Saya yakin, setiap orang penulis ada pengalaman masing-masing. 

Saya suka membaca tulisan berkaitan pengalaman seseorang penulis! Daripada situ saya dapat belajar sesuatu.

Teruskan menulis!

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Karya Eceran
Viewing all 204 articles
Browse latest View live