Quantcast
Channel: Tetamu Istimewa
Viewing all 204 articles
Browse latest View live

Cikgu Kelas Sebelah - Fadli Salleh

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Jika "Dalam Bilik Darjah" tulisan Cikgu Sofuan Saadon menghimpunkan pengalamannya bersama pelajar sekolah menengah, "Cikgu Kelas Sebelah" pula menghimpunkan pengalaman Cikgu Fadli Salleh bersama murid sekolah rendah (Tahun 1, 2 dan 3).

Himpunan pengalaman tersebut disampaikan secara anekdot. Sesungguhnya saya terinspirasi untuk menulis anekdot berdasarkan pengalaman saya sebagai guru sekolah rendah setelah membaca kedua-dua buku ini.

Sebelum ini saya banyak menulis karya kreatif yang selalunya bersifat imaginasi tetapi untuk menulis anekdot sebegini, selalunya perlu jujur dalam menyatakan pengalaman.

Seni penulisan anekdot yang baik, mampu membuncahkan pelbagai rasa; seronok, marah, benci, rindu, cemburu dan lain-lain.

Semua orang ada pengalaman tetapi tidak semua mampu menulis pengalamannya menjadi buku.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua penulis.


Koleksi Lengkap Buku Zainal Rashid Ahmad

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya boleh tahan lagi malah buat tidak peduli sahaja jika ada telefon pintar, jam tangan atau kereta keluaran terbaharu, tetapi tidak untuk buku. Saya menjadi gelisah tatkala mengetahui penulis yang saya ikuti karyanya ada menerbitkan buku baharu.

Kumpulan Puisi: Sepi itu Mati, tulisan Zainal Rashid Ahmad pada mulanya dikongsikan oleh Tuan Ridzuan Harun di FBnya. Oleh sebab saya tidak mahu terlepas untuk memilikinya, saya berusaha sedaya boleh untuk mencari sesiapa sahaja yang boleh membantu saya untuk memiliki buku ini.

Tuan Ridzuan Harun ada memaklumkan bahawa buku tersebut akan dijual di Rumah PENA malam esoknya. Jadi saya meninggalkan komen pada status tersebut dengan harapan ada yang sudi membantu. Kebetulan komen saya itu dibalas oleh Dr Hani Salwah Yaakup meminta saya berhubung terus dengan Tuan Syed Mohd Zakir.

Dek tak sabar untuk mendapatkan buku tersebut, saya menghantar mesej kepada beliau melalui FB. Tiba-tiba pula terlintas satu nama di benak saya ketika itu iaitu Puan Zalila Isa yang selalu juga ke Rumah PENA.

Tanpa memikirkan mesej saya yang telah dihantar kepada Tuan SM Zakir, saya pun meminta bantuan Puan Zalila untuk mendapatkan buku tersebut lalu mengeposkan kepada saya.

Akhirnya, beliau bersetuju. Selepas itu saya menghantar mesej semula kepada Tuan SM Zakir supaya buku itu diserahkan kepada Puan Zalila sahaja. Petang ini, buku tersebut sudah selamat sampai di kampung halaman nan tercinta.

Paling bertuahnya saya apabila Puan Zalila turut mengusahakan buku tersebut ditandatangani oleh penulis.

Terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam proses saya mendapatkan Sepi itu Mati. Lengkap buku hasil tulisan Zainal Rashid Ahmad yang ada dalam koleksi saya.

* Terima kasih Tuan Curiouzz He, untuk buku Al- Kisah, sekali gus melengkapkan koleksi ini.

Mohd Helmi Ahmad
Gelisah Seorang Pencinta Buku

Perkembangan Penerbitan Kumpulan Cerpen dan Kumpulan Puisi Remaja dari Tahun 2012 hingga 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Melihat perkembangan penerbitan kumpulan cerpen dan kumpulan puisi remaja dari tahun 2012 hingga 2016 boleh dikatakan menggalakkan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP( dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) antara penerbit yang menyumbang penerbitan buku dua genre tersebut. 

Senarai lengkap kumpulan cerpen remaja dan kumpulan puisi remaja.

KUMPULAN CERPEN REMAJA 

1. Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib (ITBM, 2012)
2. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Ahmad (ITBM, 2014)
3. Soneta Rindu Musim Salju - Zulfazlan Jumrah (DBP, 2014)
4. Janji Delila - Rusila Husain (ITBM, 2014)
5. Dunia Papionini - Sarah Samsudin (ITBM, 2014)
6. Pari-pari Syurga - Farahana Hussain (ITBM, 2014)
7. Sarang Tempua di Taman Ayah - Abdul Razak Husin (ITBM, 2014)
8. Ralat - Alias Ismail (2014)
9. Teratak Berjasa - Wan Hanif Wan Hamid (ITBM, 2015)
10. Tasbih Cinta Si Tua - Nurul Najwa Ahmad (ITBM, 2015)
11. Insan Mulia - Yong Chwan Fwu (ITBM, 2015)
12. Kek Keju Bersira Nasi - Ayudez Fia (ITBM, 2015)
13. Makhluk Kecil Tuhan - Farahana Hussain (ITBM, 2015)
14. Menuai Emas - Salina Ibrahim (DBP, 2015) 
15. Seteguk Kenangan - Wan Asyeah Wan Nawang (PPK, 2015)
16. Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud - Nur Suhada (ITBM, 2016)
17. Sfera Bersegi Lima - Fathul Khair Mohd Dahlan (ITBM, 2016)
18. Senyum Ayah - Hasni Jamali (ITBM, 2016)
19. Serondeng Nasi Pulut - Jamilah Epin (ITBM, 2016)
20. Membakar Mentari - Ruzaini Yahya (ITBM, 2016)
21. Buah Hati Cikgu - Muhd Mansur Abdullah (DBP, 2016)
22. Mawar Cinta Ayuni - Husna Nazri (DBP, 2016)
23. Catur - Mad Sakiran Sulaiman (DBP, 2016)
24. Obsesi Cintamu, Zulaikha - Nazri Hussein (ITBM, 2016)

KUMPULAN PUISI REMAJA

1. Pelayar, Belayarlah  - Zaidin Abadi (ITBM, 2014)
2. Haruman Kata-kata - Nawawee Mohammad (ITBM, 2014)
3. Bercakap dengan Kucing  - Nordin Saad (ITBM, 2014)
4. Mimpi Kotaku  - Hilmi Rindu (ITBM, 2014)
5. Cerita Lima Bulan  - Adnie Bahiah (ITBM, 2014)
6. Tidak Begitu Jauh  - Lim Swee Tin (ITBM, 2014)
7. Musim Hujan - Hamir Habeed Mohd (ITBM, 2014)
8. Sajak untuk Permata  - Abd. Razak Rezeki Othman (Faizrezki Enterprise, 2014)
9. Anak Dusun  - Rosli K.Matari (GEMA, 2014)
10. Seriosa Sukma  - Azmi Yusoff (DBP, 2014)
11. Di Padang Ilmu  - Jamaludin D (DBP, 2014)
12. Nota kepada Penyeluk Saku  - Pena Mutiara (ITBM, 2014)
13. Bintang Timur  - Amran Ibrahim Rashidi (ITBM, 2015)
14. Mimpi  - Firdhaus Hassan (ITBM, 2015)
15. Langit yang Diam  - Rozlin Adrenalin (ITBM, 2015)
16. Tasbih Rindu  - Nurfarhan Hamzah (DBP, 2015)
17. Madu di Tangan  - Mohd Helmi Ahmad (ITBM, 2015)
18. Cinta Allah  - Hilmi Rindu (ITBM, 2015)
19. Umpama Mutiara  - Nawawee Mohammad (DBP, 2016)
20. Ladang Ilmu - Ami Masra (DBP, 2016)
21. Cermin Adab - Norazimah Zakaria (ITBM, 2016)
 
Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. 
 
 

Jualan Garaj Akhir Tahun ITBM Diskaun Sehingga 80%

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Asalkan ada minat dan duit, semua boleh buat.
Jika tidak ada masa untuk pergi sendiri, boleh beli melalui WhatsApp.
Jimat kos dan masa.
Alang-alang dah memborong, jangan lupa dapatkan buku "Madu di Tangan" 
dan "Bila Ayah Berkaca Mata Hitam".
Kenapa perlu beli?
Jika ada beli, anda sayang penulis tempatan.
Apabila anda sayang penulis tempatan, bermakna anda sayang saya!
Sekian, terima kasih. 


📚JUALAN GARAJ AKHIR TAHUN ITBM KINI KEMBALI!📚
-------------------------------
🗓16 - 31 Disember 2016
🏁Pekarangan Wisma ITBM, No 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
9.00 pagi - 6.00 petang
📱Waze: Wisma ITBM
---------------------------------

👉Peluang terbaik anda untuk mendapatkan buku terbitan ITBM dengan harga istimewa!
🔊Lebih 1,600 judul pelbagai bidang
✔Buku RM2, RM3, RM5
✔Diskaun 80% (terbitan 2010)
✔Diskaun 70% (terbitan 2011-2012)
✔Diskaun 50% (terbitan 2013-2014)
✔Diskaun 30% (terbitan 2015-2016)
-----------------------------------
📦Pembelian juga boleh dibuat melalui:
🌐www.itbm.com.my
📞WhatsApp 0192219015
-----------------------------------
Bersedia untuk menikmati buku terbaik daripada kami dengan harga yang mengagumkan. Kami nantikan kedatangan anda!

⌨️E-mel "Saya mahu senarai buku Jualan Garaj Akhir Tahun ITBM" ke sales@itbm.com.my jika anda mahu merancang senarai buku yang akan dibeli di Jualan Garaj Akhir Tahun ITBM.
 

Koleksi Lengkap Buku Hilmi Rindu

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya tidak "membesar" dengan puisi Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah kerana setelah dewasa barulah saya mengenali puisi.

Namun, setelah mengenali puisi, saya suka membaca puisinya yang sederhana tetapi mendalam maksudnya.

Saya pernah berjumpa dengan beliau sewaktu majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014. Beliau memenangi kategori kumpulan puisi remaja melalui Mimpi Kotaku, ITBM 2014.

Kebetulan pemenang Kategori C ditempatkan di satu meja, jadi dapatlah berbual dengan beliau. Dek perkenalan pertama itu, tidaklah banyak yang dibualkan sekadar menyoal perkembangan penulisan masing-masing.

Beliau antara penulis mapan yang masih tekal menulis. Saya amat kagum dengan semangat kepengarangan beliau itu. Teruskan menulis, tuan.

Senarai Karya Mohd Helmi Ahmad yang Disiarkan Pada Tahun 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tahun 2016 hampir ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini ada beberapa karya saya yang disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan. Bahkan, sebuah buku saya telah diterbitkan. Saya perlu akui, tahun ini saya tidak aktif menulis dan tidak prolifik mengirimkan karya kepada editor.

Buku
1. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam, ITBM.

Rencana
Polemik
1. Penulis Sastera Remaja Tiada Pilihan Kecuali Terbitkan Buku - BH, 16 April 2016.

Bicara Tunas
1. Dimensi Penulis Eceran kepada Penulis Buku - Tunas Cipta, Julai 2016.

Ikon Seni & Budaya
1. Mencari Kepuasan Diri - Sinar Harian, 14 Ogos 2016.

Cerpen
1. Kalendar Merah dan Si Penenun Cinta - Dewan Siswa, Februari 2016.
2. Projek Baulu Nenek - Dewan Pelajar, Jun 2016.
3. Tabik Hormat Inspektor Izzudin - Asuh, November 2016.

Puisi
1. Ruang dan Waktu - Mingguan Malaysia, 19 Jun 2016.
2. Rumah Patriotisme - Sinar Harian, September 2016
3. Dengar Pesan Kami - Dewan Siswa, Oktober 2016.
4. Hitam Putih - Sinar Harian, 1 Oktober 2016

Doakan tahun 2017 saya dikurniakan kekuatan untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM

Perubahan Jadual Waktu Persekolahan 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Pernah atau tidak ibu bapa membelek jadual waktu persekolahan anak-anak? Jika pernah, pernah atau tidak ibu bapa mengira waktu persekolahan anak-anak mengikut mata pelajaran yang dipelajari? 

Baiklah, saya jelaskan sedikit berkaitan jadual waktu persekolahan murid sekolah rendah mulai 2017.
Ibu bapa jangan terkejut jika jumlah waktu bagi setiap mata pelajaran sekolah anaknya tidak sama dengan jumlah waktu bagi setiap mata pelajaran sekolah lain. 

Misalnya, jika sebelum ini diselaraskan waktu PdP Bahasa Melayu Tahap 1 = 12 waktu dan Tahap 2 = 10 waktu. Kini, pihak sekolah boleh mengurangkannya mengikut minggu PdP yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Contohnya, Tahap 1 = 10 waktu dan Tahap 2 = 8 waktu ataupun sebagainya.

Hal ini demikian kerana mulai 2017, pengiraan jumlah waktu PdP telah mengikut jam per tahun. Setiap mata pelajaran diperuntukkan sebanyak jumlah jam tertentu yang telah ditetapkan oleh KPM.

Jadi, akan ada mata pelajaran yang waktu PdPnya bertambah, kurang dan statik. Semuanya bergantung kepada pihak sekolah apabila menyusun mengikut takwim dan minggu PdP masing-masing.

Bahkan, ada sekolah yang akan menjalankan aktiviti kokurikulum pada sesi pagi ataupun selepas waktu akhir PdP. Tetapi masih ada sekolah yang mengekalkan pada waktu petang.

Jadual waktu sesi persekolahan 2017 dilihat lebih fleksibel.

Untuk makluman semua, mulai 2017 mata pelajaran Dunia Seni Visual dan Pendidikan Muzik akan digabungkan dan membentuk mata pelajaran Kesenian.

Selain itu, mulai 2017 murid Tahun 1 akan mengikuti KSSR Semakan dan menggunakan buku teks baharu.

Mohd Helmi Ahmad
Info Menjelang Persekolahan 2017

Diskaun Istimewa Buku Mohd Helmi Ahmad

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


PROMOSI BUKU 2017 - KARYA MOHD HELMI AHMAD
 
KENAPA ANDA PERLU BELI?

Biarpun pada awalnya saya sekadar mencuba sahaja memasuki bidang penulisan dengan bermula menulis karya eceran, kini sedar tak sedar saya telah memiliki tiga buah buku. 

Sepanjang tahun 2009 hingga 2016, banyak pengalaman dan ilmu yang saya kutip dan tidak kurang juga cabaran yang dihadapi mematangkan saya untuk terus berada dalam bidang ini. 

Pencapaian yang tidak terduga itu lebih banyak manisnya daripada pahit untuk dikongsikan. Biarpun belum cukup matang, tetapi proses kedewasaan itu akan terus didaki. 

1. Pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tiga tahun berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Ketiga-tiga cerpen remaja tersebut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

2. Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin yang pernah memenangi HSKU, terpilih untuk dijadikan teks Komsas Tingkatan 1 mulai 2015 - 2019. Cerpen tersebut turut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

3. Paling membanggakan saya apabila Tetamu Istimewa diiktiraf sebagai Kumpulan Cerpen Remaja terbaik dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014.

4. Madu di Tangan menghimpunkan 50 buah puisi awal saya dalam bidang penulisan. Kebanyakannya pernah disiarkan dalam pelbagai media cetak seperti akhbar dan majalah. 

5. Madu di Tangan, bersifat sederhana tetapi jika didalami daripada satu puisi demi satu puisi, anda akan melihat rakaman kehidupan saya.

6. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam pula menghimpunkan 18 buah cerpen dewasa/umum dari tahun 2010 hingga 2013. Penulisan daripada jiwa kepada jiwa dilihat lebih jujur dan ikhlas. 

7. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam turut memuatkan dua buah cerpen saya yang pernah memenangi Sayembara Cerpen ASASI dan Sayembara Cerpen ANIS. 

* Stok Tetamu Istimewa cetakan pertama yang ada pada saya, terhad.
* Jika ada yang berminat untuk membeli berasingan ataupun pakej dua buku, boleh maklumkan kepada saya.
* Jika ada yang berminat untuk bertukar-tukar buku (bergantung kepada buku yang belum saya miliki) juga boleh maklumkan kepada saya.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Karya Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM

Contoh Aktiviti NILAM yang Boleh Dijalankan pada Waktu PdP

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bagaimanakah menjalankan aktiviti NILAM pada waktu PdP?

Apakah aktiviti itu hanya melibatkan bacaan dan menulis ulasan ataupun sinopsis buku sahaja?
Pada hari ini saya melakukan satu aktiviti bersama-sama dengan murid. Aktiviti ini mudah sahaja.

Tajuk: Mencari dan Menyenaraikan Kata Kerja



Aktiviti
1. Murid mengambil sebuah buku cerita.


2. Murid membaca buku cerita tersebut.
3. Murid mencari dan menyenaraikan kata kerja yang ada dalam buku cerita tersebut.





4. Murid menulis judul buku, pengarang dan kata kerja yang berjaya disenaraikan dalam buku tulis.

Cadangan Aktiviti Lain:
1. Guru boleh menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Guru boleh mengaplikasikan Peta i Think yang bersesuaian mengikut tajuk. Contohnya, jika Peta Buih - Murid mencari kata adjektif.
3. Guru boleh meminta murid membentangkan kata kerja yang berjaya dijumpai.
4. Guru boleh meminta murid menyalin kata kerja bersama dengan ayat tersebut. Hasilnya murid dapat mempelbagaikan penggunaan ayat mengikut konteks situasi.
5. Guru boleh meminta murid mencari dan menyenaraikan sistem tatabahasa yang lain seperti kata adjektif, imbuhan, kata bantu, ayat pasif, ayat aktif dan sebagainya.

Mohd Helmi Ahmad
Guru Bahasa Melayu

Cerpen Kelip-kelip di Hatiku dalam Majalah ASUH

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Cerpen "Kelip-kelip di Hatiku" yang disiarkan dalam Majalah ASUH, Mac 2017 merupakan karya kedua saya yang disiarkan pada tahun 2017.

Alhamdulillah, terima kasih Pak Cu Hamidi Md Yudin yang menjadi pembaca pertama cerpen ini dan telah mencantikkan cerpen ini terlebih dahulu sebelum dihantar kepada editor.

Terima kasih juga diucapkan kepada editor Majalah ASUH yang menyiarkan cerpen kanak-kanak saya ini.

Wah, nampaknya saya lebih bersemangat untuk mengumpulkan dan menyiapkan manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak pula!

Ayuh, dapatkan Majalah ASUH bulan Mac 2017 untuk membaca cerpen ini.

*Kredit gambar daripada Pak Cu Hamidi. 
 

Bagaimana Penulis Bermula dengan Karya Pertama?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Karya pertama yang disiarkan ataupun diterbitkan selalunya menjadi nostalgia yang membugarkan semangat dan inspirasi buat penulis.

Masih ingatkah lagi karya pertama kalian yang disiarkan dalam pelbagai media itu?

Sebagai penulis yang masih baharu, ayuh mulakan dengan kerja-kerja penulisan kita dengan sistematik dengan merekodkan setiap karya yang tersiar. 

Sejak awal menulis lagi saya telah merekod setiap karya saya yang disiarkan sebagai dokumentasi dan rujukan.

Puisi pertama saya disiarkan dalam akhbar tabloid - Bacaria pada tahun 2009 dengan judul "Berdiri di Atas Kaki Sendiri".


Puisi pertama saya yang disiarkan dalam majalah ialah "KL Masih Berlumpur" yang disiarkan dalam majalah Tunas Cipta, Februari 2009.

Cerpen pertama saya pula disiarkan dalam majalah Harmoni pada 1-15 Mac 2008 dengan judul "Nyanyuk Si Mentua".

Cerpen pertama saya yang disiarkan dalam akhbar ialah "Orang Surat Khabar" yang disiarkan dalam Berita Minggu, 30 Mei 2010.

Hasil daripada menulis secara eceran sejak dari tahun 2009, akhirnya buku pertama saya yang mengumpulkan cerpen remaja terbit pada tahun 2014 dengan judul "Tetamu Istimewa", ITBM.

Selepas itu, pada tahun 2015 terbit pula buku yang menghimpunkan puisi remaja saya yang berjudul "Madu di Tangan", ITBM.

Tidak lengkap sebagai penulis yang turut menulis karya dewasa ataupun umum, jika saya tidak membukukan cerpen tersebut. Justeru, pada tahun 2016 terbit pula "Bila Ayah Berkaca Mata Hitam", ITBM.

Menulis perlukan disiplin dan kesungguhan yang tinggi. Ayuh penulis, sekali kita mengangkat pena, teruskan melakar kata dengan menghasilkan karya yang menggugahkan minda dan membajakan jiwa.

Mohd Helmi Ahmad
Mengingat Sesuatu yang Bermula daripada...Kita akan Menghargai dan Menghormati Sesuatu yang Kita Miliki Kini.

Mengapa Perlu Baca Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kalau setakat nak baca info dan maklumat berkaitan kesihatan atau tip-tip dan panduan kesihatan, banyak sumber yang boleh diperoleh. 

Tetapi mengapa perlu membaca Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 ini? 

Doktor itu manusia. Pesakit juga manusia. Apabila doktor dengan pesakit berinteraksi - sewaktu sesi mendapatkan rawatan pasti ada kisah atau cerita yang tidak dapat diperoleh daripada mana-mana sumber. 

Adakala pengalaman seorang doktor yang merawat dan pengalaman pesakit yang menerima rawatan boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada masyarakat lain pula.

Siapa yang mahu ceritakan kisah yang menyedihkan, melucukan atau menyayat hati kepada orang lain? 

Adakala kisah itu menjadi rahsia yang tidak terceritakan. Adakala ada yang mahu ceritakan tetapi tidak ada medium yang sesuai. Oleh sebab itu, saya memuji usaha Dr Fahd Razy menerbitkan siri ini.

Pernahkah anda mendengar kata-kata; mencegah lebih baik daripada merawat? Justeru, saya melihat CASD 2.0 ini bertindak sebagai rawatan pencegahan tersebut. 

Tahniah kepada semua doktor yang menulis dalam buku ini. Buku ini terbitan KATA-PILAR. Boleh beli sebuah buku ini dengan harga RM28.

Mohd Helmi Ahmad
Berhati-hati dengan Tulisan Doktor dalam CASD 2.0 ini, Takut Nanti Tercakar Hati pula.

Buku dan Majalah Terbaik Bulan Mac 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Koleksi bacaan untuk bulan Mac 2017.

1. Dewan Sastera, Bil. 3/2017

2. Tunas Cipta, Bil. 3/2017

3. Pelita Bahasa, Bil. 3/2017

4. Koleksi Teks Pengacaraan Majlis Rasmi Sekolah - Absha Atiah Abu Bakar, 2016

5. Kumpulan Cerpen Remaja: Kemelut Jiwa Merdeka, ITBM 2017 - Siti Nur Hidayah @ Princess Pueh 

6. Stetoskop: Aku Budak Medik 3.0, Kata-Pilar, 2017

7. Kumpulan Cerpen Remaja: Cinta Menyala di Constantinople, Kata-Pilar 2016 - Fahd Razy
 
Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan penulis. Teruslah menyumbang karya dalam majalah yang bermutu seperti DBP.

Rakan-rakan yang telah berjaya menerbitkan buku, teruslah mempromosikan buku kalian moga sampai kepada pembaca.

Saya akan sentiasa menyokong dan meraikan hasil karya kalian yang diterbitkan secara eceran mahupun buku.

#Majalah#BukuSastera#DBP#ITBM#KataPilar
 
Mohd Helmi Ahmad
Koleksi Bacaan Peribadi

Sayembara Cerpen Media Baharu 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2016
- KATEGORI CERPEN MEDIA BAHARU


SYARAT PENYERTAAN
♤ Cerpen perlu menggambarkan elemen ICT yang positif.


♧ Manuskrip ditulis dalam Bahasa Melayu, bertaip komputer, fon Times New Roman siaz 11 dan langkau sebaris. Anggaran panjang manuskrip adalah 1,500 - 2,000 patah perkataan (4 - 5 halaman kertas A4).


♤ Semua karya yang dihantar mestilah dikepilkan dengan surat penyerahan yang mengandungi maklumat diri, alamat, nombor telefon, dua keping gambar berwarna berukuran pasport dan pengakuan bahawa karya adalah asli. Karya tanpa maklumat yang lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk pertandingan.




■ E-melkan karya anda kepada hadiahsastera@utusan.com.my

☆ HADIAH UTAMA - RM5,000
5 Hadiah Penghargaan RM1,000 Setiap 1


》 TARIKH TUTUP: 10 APRIL 2017

Mohd Helmi Ahmad
Iklan HSKU 2016

Hadiah Sastera Selangor 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



HADIAH SASTERA SELANGOR 2017

Ada yang bertanya kepada saya beberapa perkara tentang HSS ini. Adakah hadiah ini seperti hadiah sastera negeri seperti yang pernah diadakan oleh Kelantan, Perak, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak? 

TIDAK. 

Hadiah Sastera Selangor ini ataupun lebih tepat dijudulkan Hadiah Sastera SelangorKini ini mengiktiraf atau menilai karya; cerpen, puisi dan esei yang disiarkan dalam akhbar SelangorKini dan Portal SelangorKini sahaja.

Akhbar SelangorKini, diedarkan secara percuma. Selalunya saya memperoleh akhbar ini di masjid pada hari Jumaat.

Untuk syarat penyertaan bolehlah rujuk pada iklan bergambar.

Sebagai maklumat tambahan, menurut Fazallah Pit, cerpen dan esei sekitar 800 patah perkataan. Honorarium juga diberikan kepada karya yang tersiar.

Keputusan Pemenang Hadiah Sastera SelangorKini 2015

PUISI
Hadiah Utama (RM5,000)
Arafat Hambali, Hujan
Sagu Hati (RM1,000)
Ismail Suhadi, Cerita tentang Api
Aziz Zabidi, Hujan Malam Disember
Hadi Jaafar, Nazak
Hazayani Zakaria, Wajah Siasah Kita?

CERPEN
Hadiah Utama (RM5,000)
Roslan Jomel, Telefilem
Sagu Hati (RM1,000)
Syafiq Ghazali, Membunuh Serangga
Nuruddin Abu Bakar, Madam Buchanan Ingin ke Bintang
Hadi Ja’afar, Ruang Kubikel Putih
Razali Endun, Burung Tiong Tok Jib

RENCANA
Hadiah Utama (RM5,000)
Karl Agan – Beban Puisi dan Tanggapannya
Sagu Hati (RM1,000)
Al Ghazali, Licik yang Kurang Ajar
Najmuddin Yusoff, Penulis Mati Selepas Karya Terbit
Roslan Jomel, Dongeng Masih Diperlukan Dunia
Najibah A. Bakar, Amanat Terpenting Balai Maqamat Affandi Hassan
Karya pemenang ini telah dihimpunkan dalam satu buku yang dijudulkan SIPENA. Buku ini diterbitkan bersama dengan ITBM. Untuk dapatkan buku ini bolehlah membuat pembelian terus daripada ITBM.

Mohd Helmi Ahmad
Hadiah Sastera SelangorKini 2017

Karya Mohd Helmi Ahmad Mula Menjadi Bahan Kajian

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sewaktu saya mula menulis, tujuan saya menulis adalah untuk melihat karya saya disiarkan dalam akhbar dan majalah sahaja. Apabila karya saya disiarkan dalam media cetak, bermakna akan lebih ramai membaca karya tersebut.

Hasil daripada menulis secara eceran, kini saya telah berjaya menerbitkan tiga buah buku.

1. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa
2. Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan
3. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam 


Kini saya tidak menjangkakan apabila karya saya itu menjadi kajian dan bahan bengkel penulisan pula.
Saya berasa teruja apabila ada yang memaklumkan bahawa:

"Cikgu, saya telah membaca buku cikgu. Buku cikgu dijadikan bahan perbengkelan sewaktu saya mengikuti bengkel penulisan."

"Cikgu, saya nak minta izin untuk menggunakan buku cikgu untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir saya."

"Cikgu, saya nak temu ramah cikgu berkaitan buku cikgu untuk tugasan saya."

"Cikgu, izinkan saya gunakan cerpen cikgu untuk pertandingan bercerita."

"Cikgu, izinkan saya gunakan buku cikgu untuk dijadikan bahan kajian jurnal saya!"

"Cikgu, izinkan saya gunakan buku cikgu untuk tugasan saya!"

Bagi saya adab mereka meminta izin sebelum menggunakan karya saya amatlah terpuji. Sebagai penulis, saya amat terharu apabila karya saya baik yang eceran mahupun buku dipilih dan digunakan untuk kajian ilmiah dan seumpamanya.

Selalunya saya mengizinkannya dengan syarat setelah siap mereka memberikan kepada saya satu salinan tugasan tersebut untuk saya simpan sebagai dokumentasi.

Mohd Helmi Ahmad
Terima Kasih kerana Memilih Karya Saya

Keputusan Pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi Musim Keempat

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Keputusan pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi Musim Keempat telah diumumkan pada 28 Mac 2017 yang lalu.


Sayembara ini menawarkan hadiah pertama RM15,000, kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000. Manakala RM1,000 setiap satu untuk tiga hadiah penghargaan.


Pemenang Musim Keempat
Pertama
Nafkhatul Faza - Rosli Mohamad Ali

Kedua
Katalis Neurogenesis - Rosli Mohamad Ali
Ketiga
Dunia Hanyalah Pentas - Muhtadi Mahsun
Sagu hati
Kuantum dalam Jemala - Muz Ahmad
Perang Homosapian - Idris Boi
Yang Diselindung Samudera - Azida Ishak, Ted Mahsun dan Fadli Al-Akiti.





Pemenang Musim Pertama
Kala Yuda - Amer Hmzah L. Kadir
Kronikel Bumi - Nurul Izwazi Mohd Nor
Tawanan Komander Caucasus - Ruzaini Yahya
Petaka Bakteria - Mohd Kasim Mahmud
Rawan - Hafizah Iszahanid

Pemenang Musim Kedua
Equilibria - Sri Rahayu Mohd Yusop
Detik - Sh. Mohd Saifudden Sh. Mohd
Bekamorfosis - Hj Jali Hj Kenoi
Di Sebalik Dinara - Noor Aziza Sulaiman
ID - Amer Hmzah L. Kadir
Timpani - Faridah Abdul Hamid

Pemenang Musim Ketiga
Transgenik Sifar - Sri Rahayu Mohd Yusop
Leksikon Ledang - Nor Azida Ishak dan Fadli Al-Akiti
Klon - Idris
Ajal - Ruhaini Matdarin
Kronikal Mikrob - Wan Salmah Wan Hassan
Puranakila - Saadiah Ibrahim

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Kenapa Penulis Perlu Membaca?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya bukanlah jenis yang banyak mengikuti bengkel penulisan. Oleh hal yang demikian, untuk mempelajari sesuatu dan meningkatkan mutu penulisan, saya gunakan pendekatan MEMBACA. 

Buku apakah yang saya baca? 

Adakala saya membaca buku panduan menulis. Namun begitu, lebih banyak yang saya baca ialah karya eceran dalam majalah dan akhbar dan buku; kumpulan cerpen, puisi dan novel. 

Mengapakah penulis perlu membaca? 

Dengan membaca saya dapat: 

1. Memperkaya perbendaharaan kata dan istilah.

2. Mempelbagaikan teknik memulakan karya dan mengakhiri karya. 

3. Meningkatkan mutu garapan karya agar lebih efektif.

4. Memerhati cara penulis "mengupas" dan "mempersembahkan" subjek cerita. 

5. Menganalisis subjek cerita atau aspek lain yang belum disentuh oleh penulis.

6. Mempelajari gaya dan cara penulis menggayakan perkataan dan istilah. 

7. Mempelajari teknik penulis mengembangkan plot dan konflik. 

8. Meningkatkan teknik membina watak dan memperagakan perwatakan dengan tepat mengikut situasi.

9. Mempelajari cara penulis menyulam emosi, tindakan dan "menjelmakan" latar tempat dan masa dengan berkesan. 

10. Memperoleh idea baharu untuk menghasilkan karya baharu. 

11. Memperoleh dan menambahkan ilmu tentang subjek yang ditulis.

Lain-lain. 

Setahu saya, tidak ada penulis yang tidak suka membaca. Hal ini demikian kerana membaca juga boleh dianggapkan proses "perbengkelan" kepada seorang penulis untuk memperbaiki yang kurang dan meningkatkan yang lebih. 

Mohd Helmi Ahmad
Pembaca kepada Penulis
Penulis kepada Pembaca

Kedai Buku Terpakai yang Menjual Buku Langka (Rare) Seluruh Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sebagai pembaca, pencinta dan pengumpul buku yang diminati pasti seseorang itu akan cuba menjadikan buku tersebut sebagai koleksi peribadi. Namun, adakala buku-buku langka sukar ditemui. Jika ada sekalipun, pastilah ditawarkan dengan harga yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, jika bernasib baik, ada rezeki, buku-buku tersebut masih boleh dicari di kedai-kedai buku terpakai yang menawarkan buku-buku langka ini. Barangkali ada yang tersorok dan terperuk lama di celah-celah rak buku. 

Di manakah kedai buku terpakai yang menjual buku langka atau rare di seluruh Malaysia ini? Apabila syaa terbaca senarai yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Alif Najmi saya teruja untuk berkongsi senarai itu di blog saya ini. Terima kasih saudara Muhammad Alif. Moga perkongsian tersebut dapat disebar luaskan.

MISI MEMBURU KEDAI BUKU LANGKA
(Kedai Buku Terpakai Seluruh Malaysia)

Perlis
1. Ocean Used Books

Kedah
1. Languange book corner, Langkawi
2. Kedai buku Fiha
3. Bistro pustaka (cawangan Alor Setar)
4. Zone Ranger (Gerai Bergerak/ FB Novel Majalah Terpakai@En Nizam)
5. Pasar karat Kg Berjaya, Alor Setar

Perak
1. Novel hut ipoh
2. Bistro pustaka (cawangan parit buntar, akan dtg)
3. Alam bacaria (manjung)
4. Pasar karat loken
5. Pasar karat Kamunting
6. Empire bookstore Kuala Kangsar
7. Ijjalyza bookstore
8. Kedai buku shidah medan selera di Ipoh

Selangor
1. Kedai buku Suhairin Md-Ramly giant stadium shah alam
2. Kedai buku terpakai Puchong abd Abdul Halim Ismail
3. Kedai buku terpakai downtown Puchong (Abd halim ismail)
4. Kedai buku bacalah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
5. Arenabookers tingkat 2 Metro Point Kajang
6. Q reazant seksyen 9 Bandar Baru Bangi
7. Kedai buku puan Zainuriah Abd Rahman di belakang Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi/ Readers Heaven Coffee
8. Taman pustaka (kedai bergerak oleh Mohd Zahamri Nizar
9. Antique Depot Buku Malaya petaling jaya
10. Pasar karat Amcorp mall
11. Kedai buku terpakai Banting
12. Pasar Buku Bangi (setiap sabtu kedua dan keempat) di ruang parking Perpustakaan Bangi

Kuala lumpur
1. Kedai buku terpakai pasar seni
2. Junk Book Shop
3. Ampang point

Pulau pinang
1. Penang Bookshelf
2. Pasar Chowrasta
3. Ropewalk stadium bandaraya

Negeri sembilan
1. Bistro pustaka, nilai n9
2.pasar karat sebelah pasar besar Seremban (ahad pagi shj)

Melaka
1. Kedai Buku Terpakai Kampung Jawa (area Madam King)

Johor
1. Pustaka Asma, Segamat
2. Pasar Malam Taman Universiti, Skudai (jumaat)

Pahang
1. BACA - The Reading Room & Cafe, Temerloh

Terengganu
1. Kedai Buku The Bookworm, Jalan Bukit Kecil, KT

Kelantan
1. Galeri Pakdo, Kok Pasir, Tumpat
2. Kedai Buku Hitam Putih, Bazar Tok Guru

Potongan Harga 40% Buku Mohd Helmi Ahmad di PBAKL 2017

$
0
0
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.


Perhatian kepada semua PENCINTA BUKU!
Pesta buku TERBESAR negara akan kembali!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL 2017) akan menemui anda bermula 28 April hingga 7 Mei ini dan kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Yeah! ITBM telah bersedia untuk menemui anda dengan menawarkan tawaran TERBAIK kami untuk anda semua membawa pulang buku-buku terbitan ITBM dengan harga BERBALOI-BALOI!

Apa tawaran kami tahun ini?

1. 1 Buku 20%, 5 buku 40% - Semakin banyak anda beli, semakin tinggi diskaun diberi!

2. Diskaun 40% untuk semua buku ITBM untuk pembelian melalui Online di www.itbm.com.my atau WhatsApp 0192219015.

3. Buku serendah RM3, RM5, dan RM10! - Buku bermutu harga BERBALOI!

4. Diskaun WOW! dari 50%, 70% sehingga 80%!

5. Masa Riang Ria! Dapatkan ekstra 5% daripada diskaun sedia ada dalam masa 1 JAM SAHAJA, iaitu jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di Reruai ITBM sepanjang PBAKL 2017!

6. TAMBAHAN diskaun 20% bagi pembelian menggunakan Kad Debit Siswa 1 Malaysia (KDS1M)!

7. SHARE (FB), RETWEET (Twitter), REPOST (Instagram) -KONGSI 'posting' Media Sosial ITBM, dan nikmati diskaun 40% buku ITBM sepanjang PBAKL 2017 berlangsung!

8. WAWANCARA SOFA PUTIH setiap jam 1.00 petang dan 3.00 petang setiap Jumaat & SESI BERSAMA PENULIS ITBM dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bukan itu sahaja. Dua PERADUAN ITBM sempena PBAKL 2017 juga kembali lagi dengan HADIAH bernilai RM20,000!

1. PERADUAN BELI BUKU ITBM & Menangi Koleksi Terbitan ITBM 2017 bernilai RM20,000!
- Beli buku ITBM minimum RM50, lengkapkan borang peraduan dan hantar! Mudah kan?

2. Kelainan tahun ini?
PERADUAN KRITIK BUKU ITBM di Facebook/Blog!

Klik pautan ini http://www.itbm.com.my/…/pro…/peraduankritikbukuitbmdifbblog untuk Syarat dan Langkah-Langkah Penyertaan.

Atau layari www,itbm.com.my untuk maklumat lanjut!

Hadiah Pertama - Lebih 240 buah buku ITBM bernilai RM10,000 selama SETAHUN!

Hadiah Kedua - Lebih 120 buah buku ITBM bernilai RM5,000 selama 6 BULAN!

Hadiah Ketiga - Lebih 40 buah buku ITBM bernilai RM2,000 selama 3 BULAN!

7X Hadiah Sagu Hati - Baucar Buku ITBM bernilai RM200!

ADAKAH ANDA SUDAH BERSIAP SEDIA?

Nantikan dan temui SKUAD ITBM PBAKL 2017, bermula 28 April hingga 7 Mei di Dewan Tun Razak 3, PWTC, bernombor 3208,3217,3232-3238,3259-3261.

MASANYA HAMPIR TIBA!
Kami bersedia, anda bagaimana?

Viewing all 204 articles
Browse latest View live