Quantcast
Channel: Tetamu Istimewa
Viewing all 204 articles
Browse latest View live

Promosi Jualan Pakej Buku Mohd Helmi Ahmad

$
0
0
Assalamualaikum.

Di sini saya menawarkan promosi pakej buku karya saya untuk dimiliki dengan harga yang istimewa. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen di sini atau WhatsApp saya di nombor 012 4962565. 







Sinopsis Novel Meniti Impian Komsas Tingkatan 2 2016

$
0
0
Assalamualaikum.



Sisopsis Meniti Impian karya Osman Ayop

Novel ini menceritakan kegigihan remaja bernama Zahar, pelatih IKM dalam bidang vokasional dan kerjayanya sebagai pembuat perabot. Anak muda ini ingin berdikari dan amat yakin dengan pegangan hidupnya. Dalam usahanya mengejar cita-cita untuk menjadi seorang usahawan perabot, dia dipertembungkan dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Semuanya ini adalah kerana adanya Suhaili dan Norimi dalam hidupnya. Yang pertama, teman sekolahnya semacam menghinanya lalu meninggalkannya. Yang kedua pula, teman yang memahaminya dan simpati tetapi sarat dengan rasa cemburu. Hasil cipta sastera ini memperlihatkan keupayaan pengarangnya mengemukakan sebuah cerita yang padat, di samping latar vokasional yang jarang diketengahkan oleh pengarang-pengarang lain. 

Novel ini digarap melalui bab demi bab. Terdapat 24 bab dalam novel ini. 

Kandungan Meniti Impian

Bab 1 - Cita-cita
Bab 2 - Tawaran 
Bab 3 - Cabaran
Bab 4 - Pertemuan
Bab 5 - Dilema
Bab 6 - Perjalanan 
Bab 7 - Suai Kenal
Bab 8 - Kemahiran 
Bab 9 - Kepulangan 
Bab 10 - Nota
Bab 11 - Parut Luka
Bab 12 - Kejohanan
Bab 13 - Kemenangan 
Bab 14 - Ujian 
Bab 15 - Semangat 
Bab 16 - Perjuangan 
Bab 17 - Harapan 
Bab 18 - Matlamat 
Bab 19 - Kekesalan 
Bab 20 - Tiada Kemesraan 
Bab 21 - Tentang Dia 
Bab 22 - Cinta dan Cita-cita
Bab 23 - Terbinanya Impian 
Bab 24 - Impian Terlaksana

Promosi Buku Ganti Duit Raya Serendah RM3, RM5 dan RM10

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada rakan-rakan blogger. 

Di sini saya menyambut baik promosi yang dijalankan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) iaitu Buku Ganti Duit Raya. Saya melihat idea ini sangat menarik. 

Oleh sebab itu, kalian boleh menyokong usaha ini dengan memiliki buku-buku terpilih terbitan ITBM termasuklah buku-buku saya.

Buku-buku saya dijual dengan harga:
Tetamu Istimewa - RM10
Madu di Tangan - RM5
Bila Ayah Berkaca Mata Hitam - RM10

Jomlah beli buku saya kawan-kawan!
Untuk dapatkan tandatangan saya, boleh juga buat pesanan terus daripada saya.

*Promosi ini sah sehingga 4 Julai 2016 sahaja


Mohd Helmi Ahmad: Guru yang Menulis, Penulis yang Mendidik

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Lama saya meninggalkan blog ini tanpa khabar berita. Rasa kebersalahan itu membuatkan saya kembali menjenguk ke blog yang menjadi medium awal saya mengasah pena dan berkongsi rasa. Rindu untuk kembali menulis di sini. Kepuasan menulis di blog tidak sama seperti menulis di media sosial Facebook.

Untuk permulaan ini saya kongsikan dahulu kisah saya yang pernah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 15 Ogos 2016 lalu. Saya mengucapkan terima kasih kepada wartawan Sinar Harian yang sudi menemu ramah saya dan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi cerita dengan pembaca surat khabar pula.



Cikgu Helmi cabar diri buat dua kerja sehingga akhirnya dia..
Mempunyai dua kerjaya - penulis dan guru - memberi 1001 kepuasan buat Mohd Helmi Ahmad.

Tambahan pula, kedua-dua profesion itu membawa konsep yang lebih kurang sama iaitu mendidik.

"Sebagai penulis, pastinya matlamat penciptaan karya adalah untuk mendidik akal budi pembaca.

"Menjadi guru pula, menawarkan saya dengan pengalaman menarik supaya boleh diterjemahkan di dalam karya," katanya.

Pun begitu, pendidik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Kali, Selangor ini mengakui dua kerjaya itu mempunyai cabaran yang berbeza.

"Sudah pastilah sebagai guru, saya menghadapi kekangan masa dalam memperuntukkan waktu khas untuk menulis.

"Jika saya membiarkan kekangan ini terus membelenggu, sudah pastilah minat dan bakat ini akan berkubur begitu sahaja," katanya.

Kata beliau, atas dasar itu, disiplin menulis yang tidak mengira waktu menjadi amalan saya demi memastikan lakaran pena terus menari," katanya.

Cikgu Helmi ketika menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014.

Pupuk minat sastera, buku

Mohd Helmi mengakui guru turut memainkan peranan penting dalam memperkenalkan karya sastera kepada murid.

Bahkan, lelaki berusia 30 tahun ini yakin pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) turut membantu dalam melahirkan murid celik sastera.

Menurutnya, pelbagai aktiviti di sekolah turut membantu dalam memupuk dan menyuburkan minat murid sekali gus menambah pengalaman kendiri.

"Sebagai guru Bahasa Melayu, saya mempunyai peluang yang luas untuk membuka minda murid saya mengenali karya sastera.

"Contohnya, saya pernah menjadikan majalah Dewan Pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas," ujarnya.

Selain itu, katanya, guru juga bertindak sebagai ikon membaca bagi murid.

"Saya punya cara dalam mendidik murid agar mereka lebih dekat kepada buku.

"Selalunya, saya akan jadikan buku sebagai hadiah kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, melalui kaedah ini, murid akan lebih teraspirasi untuk mendekati buku," katanya.

Jelasnya, usaha memupuk amalan membaca perlu dimulakan sejak dari akar umbi lagi. Hasil buku kanak-kanak Mengimbas kembali, Mohd Helmi memberitahu, pembabitannya dalam
bidang penulisan bermula selepas karya pertamanya, 'Nyanyuk Si Mentua' tersiar di majalah Harmoni pada 2008.

Mengorak langkah, anak kelahiran Kedah ini turut bertuah apabila menerima bimbingan daripada dua tokoh sastera, Profesor Madya Dr Lim Swee Tin dan Dr Kamariah Kamarudin ketika mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Alhamdulillah, ia pengalaman yang sangat berharga. Dua tokoh ini yang bertanggungjawab mencungkil bakat seterusnya mencorak lakaran pena saya.

"Berkat daripada tunjuk ajar, akhirnya saya mampu menempatkan diri dalam dunia penulisan negara kita," katanya.

Setakat ini, Mohd Helmi sudah memiliki tiga buku iaitu Kumpulan Cerpen Remaja: 'Tetamu Istimewa', Kumpulan Puisi Remaja: 'Madu di Tangan' dan Kumpulan Cerpen: 'Bila Ayah Berkaca Mata Hitam' yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sejak dari 2014 hingga 2016.

Katanya, memandangkan 'dunianya' lebih dekat dengan murid dan sekolah, Mohd Helmi lebih selesa menulis karya kanak-kanak dan remaja. Sebab itu, Mohd Helmi sering
menekankan aspek didaktik dalam setiap karya yang dihasilkan.

"Aspek didaktik bermaksud karya yang memberikan pengajaran dan panduan kepada pembaca untuk diamalkan dalam kehidupan.

"Itu tidak bermakna setiap karya yang tercipta itu kelihatan kaku dan seperti direka-reka," jelasnya.

Justeru, menurutnya, adalah menjadi harapannya agar dapat menerbitkan karya kanak-kanak, suatu hari nanti.

"Bagi saya, menghasilkan karya kanak-kanak dan remaja tidak kurang mencabarnya.

"Oleh sebab itu, bukan semua penulis mampu menulis karya kanak-kanak dan remaja dengan baik,"katanya.


PROFIL
Nama: Mohd Helmi Ahmad
Umur: 30 Tahun
Tempat Lahir: Alor Setar Kedah
Kerjaya: Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Kali, Batang Kali Selangor

Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)
- Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLISR), Pengajian Bahasa Melayu

Pencapaian/Anugerah:
- Memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU), Kategori Cerpen Remaja pada 2010, 2011 dan 2012
- Cerpen 'Kuih Bakul Limau Mandarin' dipilih menjadi teks antologi Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan 1 mulai 2015
- Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, ITBM-2014 memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM)2014

Hasil Karya:
- Kumpulan Cerpen Remaja: 'Tetamu Istimewa' (ITBM 2014)
- Kumpulan Puisi Remaja: 'Madu di Tangan'(ITBM 2015)
- Kumpulan Cerpen: 'Bila Ayah Berkaca'Mata Hitam' (ITBM 2016)

Seisi Keluarga Membaca Buku Mohd Helmi Ahmad

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Seisi Keluarga Membaca Buku Mohd Helmi Ahmad 

Oleh Siti Malini Mat



Kebetulan, sehari dua hari selepas Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir badminton di Rio musim Olimpil 2016, kami anak-beranak membaca cerpen ‘Piala Penentuan’ dalam antologi cerpen ‘Tetamu Istimewa’ oleh Cikgu Mohd Helmi Ahmad (gambar pertama). Nah, kisah atlet negara ini sudah disemadikan dalam sebuah cerita (dan barangkali banyak lagi cerita yang lain). Itu salah satu fungsi karya sebenarnya, sebagai rekod sejarah; bukan semua kandungan sesebuah karya fiksyen semata-mata rekaan.

Saya membeli pakej 3 buku terus daripada penulis Mohd Helmi Ahmad (terima kasih kepada Nazrie Haslieanie sebab cerita pasal ni). Harga yang beliau letakkan sangat-sangat rendah. Kurang daripada separuh harga asal buku-buku tersebut. Bila saya tanyakan pada beliau, jawabnya “Harga modal, asalkan tak rugi.” Saya faham memang penulis biasanya cuma mahu lebih ramai orang membaca karyanya, hal untung rugi letak di belakang, tapi jangan lupa ya, masa dan usaha yang digunakan untuk menulis termasuk sebagai ‘modal’ juga. Oh maaf, berleter pula saya.

Berbalik kepada buku-buku ini (gambar kedua). Tetamu Istimewa mengumpulkan 15 cerpen remaja, dan telah memenangi Hadiah Sastera Perdana tahun 2014. Bagi tuan puan yang mencari buku bacaan untuk anak-anak, saya syorkan buku ini. Cuma … khabarnya cetakan pertama buku ini sudah habis terjual (sold out) dan pihak penerbit belum memberi makluman tentang cetakan kedua. Tapi buku seterusnya, Bila Ayah Berkaca Mata Hitam, masih ada. Buku ini mengandungi 18 cerpen dewasa, tapi juga sesuai dibaca oleh kanak-kanak (Munief dah habis baca, Afiefah sedang baca). Manakala buku Madu di Tangan pula merupakan koleksi puisi.

Cerpen dan puisi penulis yang dikumpulkan dalam ketiga-tiga antologi ini hampir kesemuanya yang telah terbit sebagai karya eceran yang akhbar dan majalah. Memang hebat cikgu ni, sangat prolifik menulis - berpuluh-puluh cerpen dan berpuluh-puluh puisi yang terbit (bukan sekadar ditulis ya) hanya dalam masa beberapa tahun. Kebanyakan tema yang diangkat adalah kasih sayang dan kekeluargaan, perpaduan dan hidup bermasyarakat, cita-cita dan impian, dan tentunya ada – bertemakan hubungan antara guru dengan murid.

Cerpen-cerpen beliau hidup, bukan abstrak, ada konflik dan peleraian, dan pastinya penuh dengan mesej dan pengajaran. Bagi yang ingin belajar menulis cerpen, saya syorkan juga membaca cerpen beliau bagi melihat contoh cerpen yang baik. Yang menariknya, banyak juga perkataan-perkataan baru yang saya tidak tahu dan perlu dirujuk pada kamus dalam karya penulis. Maklumlah, guru Bahasa Melayu. Ini juga salah satu objektif penulisan karya, meluaskan perbendaharaan kata pembaca.

Ketiga-tiga buku ini diterbitkan oleh ITBM. Jika berminat mendapatkannya, boleh hubungi penulisnya Mohd Helmi Ahmad. Tuan puan juga boleh membeli secara online di laman jualan penerbit di www.itbm.com.my. Kebetulan sekarang mereka sedang mengadakan jualan sempena Hari Merdeka (sehingga 31 Ogos 2016).

Senarai Bicara Tunas dalam Majalah Tunas Cipta - DBP

$
0
0
Assalamualaikum.



Sebagai dokumentasi dan rujukan bersama, saya cuba senaraikan penulis yang pernah mengisi ruangan Bicara Tunas (BT) yang disiarkan dalam majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagaimanapun, senarai ini amat terhad pada majalah yang ada dalam simpanan saya sahaja.

Misi ini amat bermanfaat bagi saya sebagai penulis untuk meneliti penulis muda yang pernah muncul dalam lapangan penulisan di negara kita ini.

2016
September - MK Riza ( Laluan Pengalaman Penulis - Editor )
Ogos - Firdhaus Hassan ( Mimpi dan Angin Refleksi Dunia Bukan Sekadar Ilusi )

Julai - Mohd Helmi Ahmad ( Dimensi Penulis Eceran kepada Penulis Buku )
Jun - Syafiq Zulakifli ( Nilai Kepengarangan di Bumi Anbiya )
Mei - Maisarah Mansor ( Iqra' sebagai Kunci Penulisan )
April - Rafi Harumi ( Jalan Terus )
Mac - Nur Akmaliah Alias ( Kisah Buluh yang Dilentur )
Februari - Hafizul Faiz ( Dari Mimpi ke Diksi: Suatu Catatan Perjalanan dalam Dunia Kepengarangan )
Januari - Mohd Amirul Hamudin ( Kembara Sastera Diri: Daripada Buku Eksperimen Sains ke Kota Istana )

2015
Disember - Khairil Idham Ismail ( Sanggar Hati ke Sanggar Budi: Sebuah Perjalanan yang Perlahan dan Sederhana )
November - Siti Nur Hidayah Abdullah ( Dendang Jiwa Pencetus Ilham )
Oktober - Iwan Reaz (Melodi Hati Si Pencipta Ilham ) 
September - Hafiz Latiff ( Jadilah "Katak Pekak", Jangan Takut untuk Bermimpi )
Ogos - Gina Yap Lai Yoong ( Menulis seperti Bernafas ) 
Julai - Siti Aisyah Mat Saad ( Perjalanan ini Mencari Reda-Nya )
Jun - Nor Azida Ishak ( Rahmat Tuhan dan Buku ) 
Mei - Adilah Zulkiffli ( Tidak Boleh Berputus asa untuk Menulis )
April - Nora Isa ( Kejayaan Penulis Lain Sebagai Pendorong ) 
Mac - Nur Rosmah Wahab ( Sentiasa Berusaha Menggali Ilmu Penulisan ) 
Februari - Tiada Ruangan BT
Januari - Ahmad Safarman Dollah ( Angan-angan yang Membawa Kejayaan )

2014 
Tiada Ruangan BT

2013 
November - Dayana Chacho ( Khizanah daripada Tuhan ) 
Oktober - Tiada Ruangan BT
September - Tiada Ruangan BT
Ogos - Tiada Ruangan BT
Julai - Tiada Ruangan BT
Jun - Tiada Data
Mei - Siti Fairuz Mohd Rawi ( Lakaran Jiwa Penulisan ) 
April - Pena Alam ( Muncul dari Segulung Ombak )
Mac - Roslan Daud ( Kumbang di Belantara Sastera )
Februari - Nurul Atikah Rusly ( Novel "Anak Maley" ) 
Januari - Siti Nur Zafran Zainal Abidin ( Dunia Puisi Dunia Saya ) 

2012
Disember - Asrul Ilham Sany ( Kembara Kerjaya Penulis Bebas )
November - Siti Aisyah Binti Mohamed Salim ( Kembara Dunia Cempaka ) 
Oktober - Zaid Salleh ( Puisi Ilham Kata Hati ) 
September - Asmidar Alias ( Tentang Penulis dan Pengalaman Menulis Kreatif ) 
Ogos - Aina Nabila Ahmad ( Percik Rasa dalam Karya ) 
Julai - Tuah Sujana - ( Ekstravaganza Sastera ) 
Jun - Wardah Munirah ( Catatan Sebuah Perjalanan ) 
Mei - Hasni Jamali ( Dunia Kecil Menjadi Besar ) 
April - Ahmad Muzzammil ( Pembikin Filem Pendek ) 
Mac - Anjan Ahzana ( Penghijrahan Kehidupan ) 
Februari - Mohd Helmi Ahmad ( Bermulanya dengan Pertandingan Menulis Esei ) 
Januari - Normaizura Md. Zain ( Sains Pemacu Teknologi Sastera Pembentuk Jiwa ) 

2011
Disember - Bahruddin Bekri ( Menulis itu seperti Melombong Permata ) 
November - Tiada Data
Oktober - Mohd Saad Omar ( Berjinak-jinak dengan Penulisan ) 
September - Zahiruddin Zabidi ( Sastera: Wadah Menyampaikan Kebenaran ) 
Ogos - Tiada Data
Julai - Mohd Ali Salim ( Sesuatu yang diperoleh dengan Mudah Biasanya Kita Bersikap Sambil lewa )
Jun - Noraini Osman ( Sindiran Ibu Menyebabkan Semangat Sata Menjadi Penulis Semakin Membara ) 
Mei - Hadijah Awang Mahmud ( Antara Fikir dengan Rasa, Perlu Ada Iman dan Takwa Sebagai Neraca )
April - Nurul Izwazi Mohd Nor ( Kejayaan Menjadi Dorongan untuk Berkarya Secara Berterusan ) 
Mac - Norziati Mohd Rosman ( Tinta di atas Kertas ialah Pengganti Kata-kata yang tidak Terucapkan ) 
Februari - Mohamad Faizal Jamil ( Menulis Bukan Sekadar untuk Dibukukan ) 
Januari - Radzemah Bolhassan ( Jiwa Saya Kosong Andai tidak Menulis ) 

2010
Disember - Ariff Mohamad ( Berkarya Ibarat Perjalanan Kembara ) 
November - Md Nizar Parman ( Sayembara Mengukur Kemampuan Saya )
Oktober - Tiada Data
September - Zanazanzaly ( Pengarang Mendidik Masyarakat ) 
Ogos - Nurul Lailati Mahat ( Seronoknya Menulis ) 
Julai - Ridzuan Kamis ( Sanggar Kayangan ) 
Jun - Rozais Al-Anamy ( Menulis kerana Jiwa )
Mei - Syarifah Salha ( Menulis itu Amanah )
April - Mohamad Kholid Hamzah ( Mengalirkan Latar dalam Karya ) 
Mac - Tiada Data
Februari - Tiada Data
Januari - Teo Wei Sing ( Pembangunan Jiwa 1Malaysia daripada Mata Sajak )

2009
Disember - Naimisa Yusof (
November - Sayidah Mu'izzah 
Oktober - Hazwan Ariff Hakimi 
September - W.B Rendra 
Ogos - Serunai Faqir 
Julai - Tiada Data
Jun - Farahana Hussain 
Mei - Johari Rahmad 
April - Ludinata 
Mac - Safura Sabri 
Februari - Nur Hazma 
Januari - Tiada Data

2008 
Disember - Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ( Karya Serius Adalah Karya yang Berilmu ) 
November - Sri Rahayu Mohd Yusup ( Satu Karya Dua Anugerah ) 
Oktober - Nasriah Abdul Salam

Senarai ini akan dikemas kini dari masa ke masa. 


100 Buah Buku yang Wajib Dibaca oleh Anak Muda

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
 



Senarai 100 Buah Buku Yang Wajib Dibaca Oleh Anak Muda Di Malaysia:

Oleh Muhammad Yusof

1. Kunang Persisir Morten oleh Raiha Bahaudin
2. Naratif Ogonshoto oleh SN Dato Anwar Ridhwan
3. Detektif Indigo oleh Dr Faisal Tehrani
4. Dublin oleh Wan Nor Azriq
5. Pedagogi Bahasa Tertindas oleh ZF Zamir
6. Pei Pan oleh Ramlee Awang Murshid
7. Pecah oleh Khairulnizam Bakeri
8. Rebel oleh Saat Omar
9. Namaku Epal Kuning oleh Roslan Jomel
10. Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar
11. Menyirat Nirmala oleh Syed Mohd Zakir
12. Pascasejarah oleh Dr Fahd Razy
13. Ko Kb Ku Kl oleh Fadli Al-Akiti
14. Semua buku Diari Mat Despatch oleh Bahruddin Bekri
15. Semua komik Misi oleh Nazry Salam Feeqry dan Afiq Salam Feeqry
16. Kacip oleh Firdaus Abdillah Hamzah
17. Momen-Momen oleh Matluthfi
18. Bukan Legasi Lalang oleh Sri Rahayu Mohd Yusop
19. Ayam Patah Kepak oleh Hafizah Iszahanid
20. Amerika oleh Ridhwan Saidi
21. Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas
22. Dari KLCC Ke Tanjung Malim oleh Fdaus Ahmad
23. Serigala Dan Sekuntum Tulip oleh SM Zakir
24. Dunia Papionini oleh Sarah Samsudin
25. Juara oleh SN S. Othman Kelantan
26. Peripeteia Tragedi Yunani oleh Nazim Masnawi
27. Fitrah Kimiawi oleh Rahmat Haroun
28. Pendek Mabuk Gila oleh Ahmad Kamal Abu Bakar
29. 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim
30. Alien Menchari Chinta oleh Dr Rem Dambul
31. Rojak oleh Amir Muhammad
32. Selamat Datang Ke Malaywood oleh Roslan Jomel
33. Dondang Pembukaan oleh Muhammad Lutfi Ishak
34. Cerpen-Cerpen Underground oleh Saharil Hasrin Sanin
35. Saring Sebelum Mereng oleh Mohd Fakhruradzi
36. Di Balik Malaysia oleh Dr Farish A.Noor
37. Catatan Latiff Mohidin oleh Catatan Latiff Mohidin
38. Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis
39. Tulang-Tulang Berselerakan oleh SN Dato Usman Awang
40. Filsuf Untuk Noob oleh Dayang Sifar
41. Utopia Trauma oleh Rahmat Haron
42. Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad
43. Saya Pun Melayu oleh Zaid Ibrahim
44. Opera Angkasa oleh Nazri M. Anuar
45. Kotak oleh Ruhani Mat Darin
46. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr.Maza
47. Dialog Dengan Sasterawan oleh Kassim Ahmad
48. Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri oleh Za'ba
49. Merapat Renggang oleh Penerbitan Obscura
50. Tuhan Bukan Manusia oleh Zharif Zainuddin
51. Di sebalik Dinara oleh Dayang Noor
52. Jibam oleh Ujang
53. Baldatun Thoiyyibatun oleh Pelita Di Dalam Kaca
54. Awek Chuck Taylor oleh Nomy Nozwir
55. Emak Rindu Mathanga Erissery oleh Khairul Hakimin Muhammad
56. Tetamu Istimewa oleh Mohd Helmi Ahmad
57. Suatu Hari Nanti Manusia Akan Melupakan Tuhan oleh Fahmi Mustaffa
58. Buku Pseudosciencewatch
59. Pengembaraan Tanah Jepun oleh Azaruddin Paiman
60. Kekasih oleh SN Dato Usman Awang
61. Serangga Di Dalam Kepala oleh Roslan Jomel
62. Penyeberang Sempadan oleh SN Dato Anwar Ridhwan
63. Jesteru Impian Di Jaring oleh Zaid Akhtar
64. Jian oleh Fadli Al-Akiti
65. Rahsia Malam Merdeka oleh Saat Omar
66. Ahli Politik oleh SM Zakir
67. Berkelana Di Belentara Kata oleh Lim Swee Tin
68. Di Dalam Mulutnya Ada Kota oleh Roslan Jomel
69. Jajahan Bonda oleh Md Nizar Parman
70. Di.Ar.Ti oleh Rahmat Haroun
71. Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
72. Merentas Ranjau oleh Pak Abdul Latip
73. Budak Tin oleh Nazrie Haslienie
74. Mencari Locus Standi oleh Nisah Haji Haron
75. Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani
76. Sajak-Sajak Saleh oleh Saleh Ben Joned
77. Keldai Dan Kitab oleh Azman Hussin
78. 86 oleh Wan Nor Azriq
79. Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani
80. Perempuan Nan Bercinta oleh Faisal Tehrani
81. Suara Dari Dinding Dewan oleh SN A Samad Said
82. Stingarden oleh Sinaganaga Lan Benhussain
83. Leksikon Ledang oleh Nor Azida Ishak, Fadli Al-Akiti
84. Luka Nering oleh Malim Ghozali PK
85. Empangan oleh Zakaria Ali
86. The Lost World oleh Helmi Effendy
87. Tunggul-Tunggul Gerigis oleh Shahnon Ahmad
88. Rimba Jiwa oleh Sri Rahayu
89. Perempuan Politikus Melayu oleh Faisal Tehrani
90. Hikayat Tanah Jauh oleh Zainal Rashid Ahmad
91. Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani
92. Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu
93. Tercipta Dari Tanah oleh SN Dato Anwar Ridhwan
94. Soneta Roda Basikal oleh Wan Nor Azriq
95. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia oleh Lucius Maximus
96. Salina oleh SN A Samad Said
97. Patah Balek oleh Fathi Aris
98. Imam oleh SN Abdullah Hussien
99. Kasino oleh Saifullizan Tahir
100. Seorang Tua Di Kaki Gunung oleh Azizi Hj Abdullah

*
Nota:
1. Kalau ko anak muda tapi tak pernah baca buku-buku ni alangkah ruginya hidup korang.
2. Ini adalah buku-buku pilihan aku berdasarkan kepada buku-buku yang pernah aku baca.
3. Kalau korang tengok buku-buku ni adalah antara buku-buku power yang pernah diterbitkan di Malaysia. Revolusi bermula dengan membaca, bukan dengan viralkan video 3 orang budak u rempuh masuk Uitm. Jadi, pi la cari buku-buku ni sekarang jugak!
4. Aku akan buat ulasan/catatan ringkas pada setiap buku, mulai minggu depan.
5. Sharelah status ini untuk membumikan semula budaya membaca di kalangan anak muda. Aku percaya korang akan kelihatan intelek dengan membaca buku-buku ini.
6. Aku sedang dalam proses melengkapkan 200 judul buku yang wajib dibaca oleh anak muda. Jadi, kalau ko ada buku yang bagus untuk dikongsi, ko bagitaulah di ruangan komen ya.

Isi-isi Penting Karangan Bahasa Melayu UPSR

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah pun bermula pada 1 September 2016 bagi sekolah SJK. Murid sekolah SK akan mula menduduki UPSR pada 5 September 2016. Bermula dengan Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. 

Saya menerima maklumat atau perkongsian bahan (Isi Ringkas Karangan UPSR) ini melalui kiriman WhatsApp. Setelah meneliti tajuk dan isi karangan tersebut saya fikirkan elok juga dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

ISI RINGKAS KARANGAN UPSR

KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
1. Suasana yang kondusif
- selesa – tenang – tidak terlalu formal
2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain
- pelbagai idea dapat dikongsi – suasan pembelajaran lebih menarik.
3. Memupuk semangat bekerjasama
4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG
1. Dapat memupuk semangat kerjasama
2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
3. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.
4. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi
5. Mengisi masa lapang
6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

CARA MENJADI MURID CEMERLANG
1. Rajin berusaha – tidak mudah putus asa
2. Menghormati orang yang lebih tua – mendapat keberkatan
3. Melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum
4. Memberi tumpuan ketika guru mengajar.
5. Berdisiplin – menepati jadual yang disediakan.
6. Bercita-cita tinggi – mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.

CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang telah ditetapkan
2. Mengetatkan undang-undang – mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.
3. Peka dengan keadaan kemudahan awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam tersebut rosak.
4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam melalui media massa dan media sosial

CARA MENGISI MASA LAPANG
1. Membaca bahan bacaan – surat khabar – buku – majalah –untuk menambah pengetahuan
2. Bersukan – beriadah – menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas
3. Melakukan hobi yang berfaedah – mengumpul setem
4. Melayari internet – mencari maklumat bermanfaat
5. Membantu ibu bapa – mengemas rumah – bergotong-royong – meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih

CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA
1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan
2. Belajar bersungguh-sungguh – memenuhi harapan
3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua
4. Sentiasa berakhlak mulia – patuh/taat
5. Sentiasa merendahkan suara ketika bercakap – beradap
6. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.

CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR
1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – mengurangkan penebangan pokok – alam sekitar terpelihara
2. Mengetatkan undang-undang
3. Mengadakan kempen kesedaran
4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam sekitar

CARA MENJAGA KESIHATAN
1. Mengamalkan pemakanan seimbang – piramid makanan
2. Bersenam – mengeluarkan peluh
3. Minum air masak secukupnya – lapan gelas sehari
4. Mendapatkan rehat yang secukupnya – tidur lapan jam sehari untuk kanak-kanak – memulih tenaga
5. Menjalankan pemeriksaan kesihatan – dua kali setahun – mengetahui status kesihatan
6. Tidak merokok

KEPENTINGAN KOKURIKULUM
1. Meningkatkan tahap disiplin – menyertai pasukan badan beruniform – kawad kaki – patuh pada arahan ketua
2. Menyihatkan badan – mengeluarkan peluh
3. Menggalakkan perpaduan antara kaum – mengeratkan hubungan sesama murid.
4. Menambah pengetahun dan pengalaman – berkhemah – ikatan
5. Mengisi masa lapang – terhindar daripada gejala negatif

KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI
1. Memudahkan urusan manusia
2. Menjimatkan kos
3. Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta
4. Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia

FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Menambah pengalaman baru – suasana lawatan
2. Mengeratkan hubungan sesama rakan – guru – keluarga
3. Menambah ilmu pengetahuan – meluaskan pengetahuan sedia ada
4. Mengisi masa terluang
5. Memudahkan proses pembelajaran – suasana lebih selesa dan menarik

CARA BERJIMAT CERMAT
1. Membuat senarai semak perbelanjaan – sebagai panduan ketika berbelanja
2. Menabung – dapat digunakan ketika kecemasan – tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh
3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak – tidak membazir
4. Bersikap sederhana – membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan – mengutamakan kualiti berbanding jenama.

SAMBUTAN HARI GURU
Pendahuluan – Bila – Tujuan sambutan diadakan
1. Berkumpul di tapak perhimpunan – bacaan perutusan Menteri Pendidikan – ucapan guru besar
2. Sukaneka – acara guru – acara murid dan guru – suasana meriah
3. Selepas rehat – bergerak ke dewan – sesi persembahan oleh guru – persembahan oleh murid.
4. Sesi penyampaian hadiah dan anugerah – hadiah untuk sukaneka – anugerah guru - murid menyerahkan hadiah kepada guru
5. Penutup – perasaan – harapan – pulang ke rumah.

HARI SUKAN TAHUNAN
1. Pendahuluan - bila - siapa terlibat – tujuan
2. Sebelum – persiapan – hias rumah sukan – latihan rumah sukan
3. Semasa – Awal pagi berkumpul – perbarisan – ikrar – ucapan perasmian
4. Semasa – acara yang dijalankan – suasana begitu meriah
5. Semasa – upacara penyampaian hadiah – olahragawan – rumah sukan yang menang
6. Selepas – tolong guru mengemaskan tempat – perasaan – harapan - pulang ke rumah

Sumber: WhatsApp

PERINGATAN: INI BUKAN SOALAN BOCOR!

Perempuan Rebel

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kumpulan Cerpen: Perempuan Rebel memuatkan 14 cerpen penulis muda berbakat kelahiran Kelantan.
Cerpen tersebut teradun daripada cerpen eceran yang pernah disiarkan dan belum pernah disiarkan.
Buku yang diterbitkan oleh FuFu Terbit ini turut memuatkan cerpen pertama penulis yang disiarkan dalam media cetak - Tunas Cipta iaitu Padi Berbuah, Pagar Mereput.
Saya kira, cerpen Deritanya Bukan Kepalang tampil lebih istimewa dalam buku yang berharga RM20.00 ini kerana pernah memenangi hadiah penghargaan HSKU 2012.

Bagi saya kumpulan cerpen ini layak dijudulkan dengan Kumpulan Cerpen Remaja. Apabila digolongkan sebagai kumpulan cerpen remaja buku ini dilihat ada kekuatannya untuk bersaing dalam HSPM, sebaliknya hanya dijudulkan sebagai kumpulan cerpen umum.

Walau apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Syuhada Salleh yang berjaya melangkah setapak lagi dalam dunia penulisan negara daripada penulis eceran kepada penulis buku.

*Rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh berurusan dengan penulisnya.

Senarai Buah Pena Alumni MPR - Tunas Cipta

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sebagai dokumentasi dan rujukan bersama, saya cuba senaraikan penulis yang pernah mengisi ruangan Buah Pena Alumni MPR yang disiarkan dalam majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagaimanapun, senarai ini amat terhad pada majalah yang ada dalam simpanan saya sahaja.
Misi ini amat bermanfaat bagi saya sebagai penulis untuk meneliti penulis muda yang pernah muncul dalam lapangan penulisan di negara kita ini.

2016
- Tiada Ruangan Buah Pena Alumni MPR

2015
- Tiada Ruangan Buah Pena Alumni MPR

2014
- Tiada Ruangan Buah Pena Alumni MPR

2013
- Tiada Ruangan Buah Pena Alumni MPR


2012
Disember - Mohd Haniff Mohammad Yusoff (Kisah Percintaan Saya!)
November - Shafie Mahyani (Saya Menulis kerana Allah SWT)
Oktober - Uthaya Sankar SB (Perjalanan Seusia 21 Tahun Bermula dengan MPR)
September - Nurul Farehah Jaamad (Jangan Pernah Berputus Asa. Itu Prinsip Saya!)
Ogos - Azree Ariffin (Sastera Membuka Seribu Pintu)
Julai - Sayidah Mu'izzah (Merandai Perjuangan dengan Jiwa)
Jun - Syukri Sapuan (Merintis Denai Penulisan)
Mei - Nazira Mohd Noor ( Mendaki Kejayaan Menggapai Impian)
April - Ramakrishnan A/L Ramasamy (Penulis Muda Bukan Melayu di Pentas Sastera Kebangsaan)
Mac - Hafizul Osman (Jurutera Bertukar Kerjaya Menjadi Editor)
Februari - Noor Huwaina Idris
Januari - Mohammad Hafiz Abdul Latiff (Menulislah dengan Bermaruah)


2011
Disember - Ebriza Md Aminnudin (Mulakannya Sekarang)
Oktober - Kamariah Kamaruddin (Minggu Remaja yang Pergi, Ilmu Sastera yang Digeluti)
September - Saharil Hasrin Sanin
Julai - Farahana Hussain
Jun - Alina Idris 
Mei - Shazmee Rizal Agus Salim 
April - Zulkifli Mohd Top (Bidang Penulisan Tetap Menjadi Nadi dan Penguat Hidup Saya)
Mac - Ridzuan Harun (Catatan Kecil Penyair Kecil)
Februari - Syaidul Azam Kamarudin
Januari - Ghafirah Idris


2010
Disember - Ida Munira Abu Bakar
November - Lily Haslina Nasir
September - Raihani Mohd Saaid (Penulis itu Istimewa)
Ogos - Amalia Fauza Bohari
Julai - Zulfazlan Jumrah
Jun - Fahd Razy
Mei - Nimoiz T.Y (Buat Apa Bergelar Alumni MPR Kalau Karya Tidak Seberapa)
April - Wan Marzuki Wan Ramli
Januari - Ade Irma Suryani Che'leh


2009
Disember - Azizul Ikhwan Mohd
November - Hani Salwa Yaakub
Oktober - Zaki Johari
September - Jimadie Shah Othman
Ogos - Moh Azam Rezali
Jun - Ang Chin Huat
Mei - Nor Hidayah Asari
April - Shaidah Shafie
Mac - Hafezin Khadiri
Februari - Salman Sulaiman


2008
Disember - Mohd Fadzly Mohd Fairuz
November - Hafizah Iszahanid
Oktober - Dima Mazlina @ Siti Aishah Abu Bakar 

Surat daripada Manusia kepada Masyarakat Burung

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.






Surat daripada Manusia kepada Masyarakat Burung.



Melihat peti pos di hadapan rumah saya ini menyebabkan saya terfikirkan sesuatu. Salahkah burung ini membuat sarang di dalam peti pos tersebut?

Lantas fikiran saya mengalir kepada sebuah puisi SN Usman Awang- Surat Dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar.
...
Tapi manusia kota ini telah membunuh Kehijauan alam
semata-mata untuk mengejar Kehijauan ringgit.
sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu
kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu ...

Oh, sudah sekian lama apa yang berlaku ini telah dibangkitkan oleh SN Usman Awang. Barangkali kita tidak sedar ataupun buat-buat tidak sedar. Burung bersarang di dalam peti pos ini cukup memberi isyarat bahawa kita sudah berlaku tidak adil terhadap masyarakat burung.

Hari ini kita bising dan memberontak apabila rumah kita dirobohkan dan kita tidak dapat membeli rumah pertama sedangkan masyarakat burung sekian lama menderita akibat sikap rakus manusia hinggakan mereka tidak dapat membina kehidupan dengan aman dan bahagia.

Cuba kita bayangkan jika masyarakat burung seperti segelintir manusia hari ini yang mampu bertindak melakukan demonstrasi di jalanan atau memviralkan sikap rakus manusia terhadap mereka, di manakah kita hendak meletakkan muka kita ini?

Maafkan kami wahai masyarakat burung. Jika pembangunan hari ini telah memperosok kalian ke lembah kesedihan dan kemelaratan.

Rahsia Penulisan Berpengaruh - Khairul Hakimin Muhammad

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Saya yakin kebanyakan daripada kita mempunyai ilmu, tetapi tidak banyak daripada kita yang "pandai" menggunakan ilmu itu dengan betul. Ibaratnya apa gunanya hidup seribu tahun tetapi tidak sembahyang. 

Oleh sebab itu, buku "Rahsia Penulisan Berpengaruh" tulisan Tuan Khairul Hakimin Muhammad memberikan panduan yang kecil tetapi bermanfaat, ringkas tetapi padat, sedikit tetapi besar kesannya dan paling penting santai tetapi mengujakan.

Saya tidak katakan buku ini bagus dan sempurna (barangkali aspek tatabahasa - ejaan boleh diperbaiki lagi) tetapi setidak-tidaknya apabila saya membaca buku ini akan terlintas di fikiran saya: oh, begini..oh, begitu! 

Andai selepas anda membaca buku ini pengikut anda tidak bertambah atau melebihi bapa viral ini yang sudah melebihi 80 000 pengikut ini, janganlah salahkan saya pula.

Hal ini kerana kejayaan bukan semata-mata diukur dengan kuantiti dalam tempoh waktu yang singkat sebaliknya jika di pihak kita ada perubahan kualitinya secara tekal atau berterusan itu sudah cukup memberi isyarat bahawa kita sudah berjaya keluar daripada kepompong yang selesa.

Isi Kandungan

Bab 1 Impak Gambar Profil dan Gambar Kaver
Bab 2 Impak Penggunaan Nama yang Betul
Bab 3 Ejaan dan Tatabahasa
Bab 4 Menulis Status Kehidupan
Bab 5 Menulis Ulasan
Bab 6 Teknik Mendapatkan Pengikut dan Sasaran
Bab 7 Interaksi, Bukan Berbual
Bab 8 Jangka Hayat Post
Bab 9 Posting Berimpak Tinggi
Bab 10 Punchline
Bab 11 Permulaan Pengikut Mengikut Facebook Kita
Bab 13 Fanpage
Bab 14 Larangan Keras
Bab 15 Jadi Pemilik, Bukan Kedai


Buku ini boleh dibeli dengan Cik Siti Rahmah Mohd Noor.

Senarai Buku Terbaru Sasterawan Negara Pertama Hingga ke-13

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Saya tercari-cari sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui karya terakhir ataupun karya terkini (buku) oleh Sasterawan Negara daripada yang pertama hinggalah yang ke-13. Namun sukar ditemui.

Hasil daripada carian saya, di sini saya senaraikan buku tersebut. Mudah-mudahan sedikit banyak dapat dijadikan rujukan bersama.

SN ke-13 - Zurinah Hassan
- Kumpulan Cerpen: Murka Lautan, ITBM-2016


SN ke-12 - Baharuddin Zainal @ Baha Zain
- Kumpulan Puisi: Siang Tak Pernah Mungkin dan Kau Akan Dewasa, DBP-2015

SN ke-11 - Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala
- Kumpulan 25 Cerpen Pilihan - Laut Takjub, DBP 2011

SN ke-10 - Anwar Ridhwan
- Potpuri Budaya, Sastera & Seni Jilid I,II dan III, ITBM-2016

SN ke-9 - Syed Othman Syed Omar @ S.Othman Kelantan
- Kumpulan Cerpen: Berjalan-jalan Di Sini, DBP-2004

SN ke-8 - Abdullah Hussain
- Proses Kreatif: Satu Pengalaman Rohani, DBP-2010

SN ke-7 - Noordin Hassan
- Kumpulan Drama Pilihan: Mana Setangginya?, DBP-2000

SN ke-6 - Muhammad Haji Salleh
- Ghairah Dunia Dalam Empat Baris, ITBM-2016

SN ke-5 - Muhammad Dahlan Abdul Biang @ Arena Wati
- Rindu Aroma Padi Bunting, DBP-2012

SN ke-4 - A. Samad Said
Kumpulan Puisi: Di Atas Padang Sejarah, Wira Bukit-2013

SN ke-3 – Usman Awang
- Puisi Pilihan Usman Awang 1 - Malam Ini Malam Berinai, ITBM-2016
- Puisi Pilihan Usman Awang 2 - Bunga Darah Merah, ITBM-2016
- Puisi Pilihan Usman Awang 3 - Di Atas Bara Kita Berdiri, ITBM-2016

SN ke-2 – Shahnon Ahmad
- Kumpulan Esei - Pabila Hujan Turun, DBP-2015

SN Pertama – Kamaludin Muhammad @ Keris Mas
- Koleksi Terpilih Sasterawan Negara: Cerpen, Esei dan Fragmen Novel, DBP-2000

*Jika terdapat maklumat yang terkini bolehlah maklumkan kepada saya untuk saya kemaskini.

Ingin Menjadi Penulis?

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



INGIN MENJADI PENULIS?

Ada yang menulis tanpa bermula dengan bakat. Ada pula yang menulis bermula dengan bakat. Bakat itu ada yang kata kurniaan-Nya. Ada yang kata bakat boleh diasuh dan dididik. Tidak kiralah tanpa bermula atau bermula dengan, "BAKAT" perlu hadir bersama disiplin dan kesungguhan yang jitu.

Ada yang mula menulis dengan karya eceran. Ada pula yang terus bermula dengan menulis buku. Kedua-duanya sudah pastilah menempuhi cabaran yang sama tetapi berbeza.

Boleh saya kongsikan di sini apa yang saya lakukan sebelum, semasa dan selepas menulis sebagai seorang penulis eceran.



SEBELUM
Sebelum menulis, saya akan membeli dan membaca surat khabar dan majalah terlebih dahulu. Boleh dikatakan, saya pernah menghantar hampir kesemua surat khabar dan majalah yang diterbitkan di negara kita ini.

Tujuan saya membeli dan membaca media tersebut, dapatlah saya tahu langgam karya yang disiarkan pada setiap minggu ataupun bulan. Selain itu, daripada situlah saya dapat menyemak alamat media tersebut untuk disertakan bersama surat rasmi penghantaran karya dan alamat e-mel editor media tersebut untuk menghantar karya. 

Setelah lama menulis eceran, seseorang penulis dapat memilih dua cara penghasilan karya:
(i) Pilih media dahulu barulah menulis dan menghantar karya.
(ii) Menulis dahulu kemudian barulah memilih media yang sesuai untuk dihantar karya tersebut.

Seterusnya, setiap kali penghantaran karya dibuat saya akan merekod tarikh penghantaran dan media terbitan pada satu rekod khas sebagai rujukan.

Nasihat saya, jangan lokek untuk membeli dan membaca akhbar dan majalah tersebut sebelum menghantar karya.



SEMASA
Selepas karya dihantar, setiap minggu ataupun setiap bulan, saya akan menyemak media terbitan tersebut untuk mengetahui karya yang dihantar itu disiarkan ataupun tidak. 

Jika tidak disiarkan, misalnya untuk akhbar biasanya dalam tempoh tiga bulan ke atas dan untuk majalah bulanan dalam tempoh enam bulan ke atas, saya akan bertanya kepada editor status karya tersebut. Hal ini bagi mengelakkan penyiaran karya yang bertindan dalam dua media berbeza sekiranya saya menghantar kepada media terbitan lain. 

Setelah editor menjawab pertanyaan tersebut, saya akan rekodkan pada ruangan status karya - dalam penilaian, menunggu giliran ataupun ditolak.

Sekiranya ada karya yang ditolak, saya akan cuba murnikan semula untuk dihantar kepada media lain pula. Begitulah rutin yang saya lakukan. Ada karya yang masuk percubaan kali ketiga dihantar ke media penerbitan baru disiarkan pun ada. 

Nasihat saya, untuk mengurangkan peratus karya ditolak kerana tidak sesuai dengan muatan media tersebut, eloklah beli, baca dan analisis terlebih dahulu media tersebut. 



SELEPAS
Rutin menyemak karya setiap minggu ataupun bulan tidak pernah jemu saya lakukan. Hal ini demikian kerana saya tidak mahu tercicir untuk mendapatkan karya saya yang disiarkan seandainya saya tidak membeli media tersebut untuk didokumentasikan.

Seandainya karya saya tersiar, saya akan membeli media tersebut untuk disimpan. Selalunya simpanan saya dalam bentuk salinan asal dan salinan yang difotostat. Salinan yang difotostat akan saya simpan dalam satu fail.

Seterusnya, saya akan merekodkan bahawa karya tersebut telah disiarkan dalam satu senarai. Selain itu, saya akan merekodkan sama ada media tersebut telah membayar honorarium ataupun belum bersama jumlahnya. 

Oleh sebab itulah, saya tahu akhbar dan majalah mana yang menyediakan ruangan cerpen dan puisi dan akhbar dan majalah mana yang membayar honorarium, bahkan jumlahnya.

Selepas ketiga-tiga fasa inilah barulah saya menyusun manuskrip kumpulan cerpen ataupun puisi untuk diterbitkan. 

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku Tetamu Istimewa
Penulis Buku Madu di Tangan
Penulis Buku Bila Ayah Berkaca Mata Hitam

Kenali Media Penerbitan Sebelum Menghantar Karya

$
0
0
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



MAHU MENJADI PENULIS?
- KENALI MEDIA PENERBITAN


Seorang penulis eceran perlulah mengenali terlebih dahulu media penerbitan sebelum menghantar karya.
Terdapat pelbagai media penerbitan baik surat khabar dan majalah yang menyediakan ruangan puisi, cerpen dan artikel. Sudahkah anda bersedia untuk menjadi penulis eceran? Kepada calon penulis, sudahkah anda mengenali media penerbitan? Jika belum, apakah tindakan anda?

Sebagai penulis yang bijaksana, beliau akan menganalis dan mengenali media penerbitan terlebih dahulu sebelum menghantar karya. Bukan sebaliknya dengan mencuba nasib ataupun mengharapkan untung sabut timbul.

Maka, sebagai perkongsian secara ringkas saya akan berkongsi jenis media penerbitan yang boleh anda menghantar karya.

SURAT KHABAR
Berita Harian
- BH menyediakan ruangan puisi dan cerpen pada hari Ahad.
- Sebuah cerpen dan dua atau tiga buah puisi untuk setiap kali keluaran.

Mingguan Malaysia
- MM menyediakan ruangan puisi dan cerpen pada hari Ahad.
- Sebuah cerpen dan tiga hingga lima buah puisi untuk setiap kali keluaran.

Sinar Harian
- SH menyediakan ruangan puisi dan cerpen pada hari Sabtu.
- Sebuah cerpen dan lima hingga tujuh buah puisi untuk setiap kali keluaran.

Utusan Malaysia
- UM menyediakan ruangan puisi dan cerpen pada hari Sabtu.
- Dua buah cerpen dan tiga hingga empat buah puisi untuk setiap kali keluaran.
- Selalunya tema penyiaran dalam surat khabar berkaitan hal-hal semasa kerana khalayak pembacanya umum. Hal-hal lain seperti kehidupan, kekeluargaan, pendidikan, budaya boleh juga dihantar tetapi biarlah garapannya kemas dan segar.

MAJALAH
Terbitan DBP
(1) Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa
- Kedua-dua majalah ini berkaitan tentang bahasa. Walau bagaimanapun, majalah DB lebih terarah kepada perjuangan bahasa secara umum. Manakala, PB lebih menjurus ke arah pendidikan bahasa di sekolah.
- DB membuka peluang untuk penulis menghantar karya berupa artikel dan sebuah puisi setiap keluaran.
- PB turut membuka peluang untuk penulis menghantar karya berupa artikel, puisi dan cerpen. Tiga buah puisi akan dipilih untuk mengisi ruangan Simfoni Bahasa dan sebuah cerpen setiap keluaran. Ruangan artikel pula pelbagai seperti Sastera dalam Bahasa, Cemerlang Pelajar, Warisan Bahasa dan beberapa lagi.

(2) Dewan Sastera
- Penulis beranggapan satu karya yang disiarkan dalam DS tidakkan sama dengan 10 buah karya yang disiarkan dalam media penerbitan lain. Hal ini menunjukkan betapa prestijnya karya yang disiarkan dalam DS.
- DS menyediakan pelbagai ruangan menarik seperti puisi, cerpen dan artikel.
- Setiap keluaran, DS menampung 12 hingga 16 buah puisi, manakala untuk cerpen empat buah sahaja.
- Turut menyediakan ruangan Surat kepada Editor, Ujana Klasik, Sastera Antarabangsa, Ulasan Buku yang membuka peluang kepada penulis untuk menyumbangkan karya.

(3) Tunas Cipta
- Jika DS kebanyakannya menampung karya penulis mapan, calon penulis ataupun penulis muda yang baru hendak mula menulis, bolehlah cuba menghantar karya kepada TC.
- TC menyediakan 11-13 buah puisi untuk setiap kali keluaran. Manakala untuk cerpen hanya empat buah sahaja.
- Selain ruangan Sejambak Ilham (puisi) dan Nukilan Pena (cerpen) TC turut menyediakan ruangan Luahan Minda, Puisi Tradisional, Ulasan Buku, Galeri Sastera, Ilham Kembara, Bicara Tunas.

(4) Dewan Siswa
- DS menyediakan bahan sisipan pembelajaran untuk pelajar PT3 dan SPM.
- DS turut menyediakan ruangan cerpen iaitu Cerpen daripada Siswa dan Cerpen untuk Siswa. Sebuah cerpen untuk setiap ruangan akan disiarkan.
- Puisi Siswa turut membuka peluang kepada pelajar universiti dan sekolah menengah untuk menghantar puisi. Kebiasannya lapan hingga sembilan buah puisi akan disiarkan dalam setiap keluaran.
- Pelajar sekolah menengah yang berminat untuk menulis pendapat bolehlah hantar ke DS menerusi ruangan Cetusan Pendapat. Kebiasaannya, tiga buah pendapat akan dipilih.

(5) Dewan Pelajar
- DP menyediakan bahan sisipan pembelajaran untuk murid sekolah rendah - UPSR.
- DP menyediakan ruangan Puisi Untukmu. Kebiasasnnya enam buah puisi akan dipilih pada setiap keluaran.
- Kepada murid yang berminat untuk menulis cerita atau karangan bolehlah menghantar karya tersebut kepada DP.
- Kisah Bulan Ini dan Cerita Rakyat kebiasannya ditulis oleh penulis dewasa.

Selain majalah yang dibincangkan di atas, DBP turut menerbitkan majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Ekonomi.

(6) Majalah ASUH turut menyediakan ruangan cerpen dan puisi kepada kanak-kanak yang berminat untuk menghantar karya.

(7) Majalah Mingguan Wanita turut menyediakan ruangan cerpen pada setiap minggu.

(8) Majalah WANITA menyediakan ruangan cerpen dan puisi. Setiap keluaran sebuah cerpen dan tiga atau empat buah puisi.

Majalah dan akhbar yang sudah menggugurkan ruangan karya kreatif ialah Harmoni, Jelita, URTV dan Utusan Melayu Mingguan.

Sebenarnya, ada beberapa lagi majalah yang menyediakan ruangan karya kreatif. Begitu juga dengan akhbar tabloid yang lain. Walau bagaimanapun, majalah dan surat khabar yang dikongsikan di atas merupakan media penerbitan utama di negara kita yang menampung penyiaran karya eceran penulis tempatan.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku Tetamu Istimewa
Penulis Buku Madu di Tangan
Penulis Buku Bila Ayah Berkaca Mata

Cerpen dan Puisi yang Disiarkan dalam BH, MM, SH dan UM Oktober 2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, mulai tahun ini insya-Allah, saya akan cuba kongsikan karya (puisi, cerpen, artikel) yang tersiar dalam surat khabar Berita Harian, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.


MINGGU KELIMA 
AHAD - 30 OKTOBER 2016

BERITA HARIAN (BH)
Cerpen
Jala Serawan - Nordin Saad

 
Puisi
Latah Emak - Jais B Sahok
Dari Sosokan Sejarah - Hamizun Syah 
 
MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Rencana
Puitika Melayu dan Islam dalam Gurindam (Gurindam Bingkisan Hati - Nazim Mohd Subari) - Ridzuan Kamis

Cerpen
Kapal Biru di Lautan Membiru -Ramli Abdul Halim
 
Puisi
Embun yang Menitis - Wadi Sofi
Selamat Jalan, Bonda! - Fatimah Bunyamin
Beginilah Bahasa Kita - Nordin Saad
Mencari Kambing Hitam - Arif Atan
Jaulah Sampai Syurga - Muz Ahmad

SABTU - 29 OKTOBER 2016

UTUSAN MALAYSIA (UM)
Cerpen
Si Jam Tua - Rohaidah Mashudi
Penantian yang Tiada Penghujung - Shobana Arumogam

Puisi
Diburu Bayangan Dosa Semalam - Alib Mutalib
Sekuntum Nama dalam Ingatan - Noor Azam Shairi
Hembusan Cinta - Muhammad Taufiq Madon
Permata Hati - Rosli Abdul Aziz
Suara Kemanusiaanku - Rosnani Ahmad
 
SINAR HARIAN
Ikon
Pengaruh Sekeliling - Rahim Jabbar

Cerpen
Teratak Za'ba - Azaika SR

Puisi
Tangan yang Bercerita - Solihin Osman
Membaca Harapan - HasniJamali HannaJohan
Kejap Insani - Jelison Jupin
Gurindam Anak Orang Anak Sendiri - SMahadzir Syed Ibrahim
Lancang Juang - Azmi Yusoff
Kamu Bukan Aksara Tergubah - Lavender Ungu
Sungai - Wadi Sofi
Syair Nikmat Merdeka - Wan Yusof 

MINGGU KEEMPAT
AHAD - 23 OKTOBER 2016

BERITA HARIAN (BH)
Cerpen
Mati dan Tumbuh Kembali Bersama Waktu - Ruhaini Matdarin

Puisi
Negeri Bernama Aku - Norshahkang Shuaib
Dongeng Sebelum Tidur - Ainunl Muaiyanah
 
MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen
Kealpaan - Daeng Ramliakil

Puisi
Jebat, Tuah dan Kitul - Ridzuan Kamis
Menakluk Percakapan - Ainunl Muaiyanah
Peminta-peminta - Ram Ramuda
Bulan Bahasa - Jais B Sahok
Terima Kasih Malaysia - Wadi Sofi
 
Rencana
Pengarang Umpama Pejuang - Ramlee Wahab

Ulasan Buku
Rangkuman Cerpen Pelbagai Tema (Saya Ingin Terbang Bersama Hud Hud - Nur Suhada) - Abd. Aziz Itar

SABTU - 22 OKTOBER 2016

UTUSAN MALAYSIA (UM)
Cerpen
Korban dalam Sengketa - Norlaili Mat Jusoh
Malim Gunung - Chacho Mohama

Puisi
Senjakala - Jassica Abadi
Maafkan Aku, Ogos - Sabri Hashim
Beri Aku Gelap -Salatiga
Aku dan, Kekasih di Tengah Pasar - Nooraisya Buang

SINAR HARIAN (SH)
Ikon
Tiada Estetik dalam Karya - Zabidin Hj Ismail
 
Cerpen
Semoga Kau Bahagia - Juraini Che Ismail

Puisi
Pohon Budi - Solihin Osman
Realiti dan Fantasi - Zamzuri
Banjir Kalbu - Ismail Hashim
Jauh Tidak Berbangkit - Muhammad Fadzli
Aduhai Bumi Syria - Mohd Noor Mustaffa
Tasbih Pemberian Arwah Ibu - Melor Shamsazila Sa'aban
Sekadar Meniti Hari - Azmi Mohd Salleh

MINGGU KETIGA 
AHAD - 16 OKTOBER 2016

BERITA HARIAN (BH)
Cerpen
Demagong Lompor - Naziah Naziri 


Puisi
Bisikan Bahasamu - Siti Nur Hidayah @ Princess Pueh
Doa Malam di Bengaluru - Faisal Mat Zawi
 
MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen
Demonstratif Rasa - Siti Nur Hidayah Abdullah @ Princess Pueh

Puisi
Mimpi Sang Kupu-kupu - Syed Mohd Zakir
Setelah Kau Tidurkan Dendam - Noor Azam Shairi
Bahasa Tanpa Jantina - Abizai @ Zainal Abidin Suhaili
Bahasa yang Dijunjung - Wadi Sofi
Atas Nama Cinta Puisi - Wanrazuhar
Luruskan Herot Hapuskan Kedut - Azmi Yusoff

SABTU - 15 OKTOBER 2016

UTUSAN MALAYSIA (UM)
Cerpen
Mangsa - Nurul Shuhada Hamidon
Teratak Za'ba - Azaika SR

Puisi
Pelayaran Merdeka - Edin Hud Hud
Milik Siapa - Roslan Kadri
Aku Cari dan Mencari - Rab RB
Satu Catatan Senja - Muhamad Hisham Lee
Pahlawan Zaman - Ridzuan Kamis

SINAR HARIAN (SH)
Ikon
Selami Dunia Kanak-kanak - Suraya Ismail

Cerpen
Kerana itu Lebih Membahagiakan - Fadli Zainal Abidin

Puisi
Teluk Kalong - Sabariah Nor Salleh
Semalam dalam Kenangan - Ahmad Taqiyuddin Sukri Dia - Nurhayati Perang
Menghitung Bintang - Ridzuan Kamis
Di Luar Kamar - Mamu MK Hasny
Damai di Desa - Wadi Sofi
Kemanisan Budi - Amir Zakiy Hamzah
Bertemu Baitullah - Iwan Reaz Ridzuan Ghazali
Asmaraloka - Chai Loon Guan

Syabas dan tahniah kepada semua rakan penulis. Teruskan berkarya. Bahasa Jiwa Bangsa.

Senarai Karya yang Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir HSKU 2015

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



SENARAI KARYA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR HSKU 2015 

32 Puisi Umum Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir

1. Gurindam Kata - Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah
2. Lidah Amarah - Ramlan Abdul Wahab
3. Perindu Pelabuhan - Azmi Yusoff
4. Bukan di Jarimu Tergenggam - Zainal Abidin Suhaili
5. Masih Setia - Ezani Haji Daud
6. Naratif Pangkor - Usman Gumanti Ibrahim
7. Solitaire 2 - A Rahim Abdullah
8. Doa Mansun - Zain Idris At Tobiari
9. Sekeping Luka Lama - Razali Mohd Yussof
10. Bil dan Pil - Shapiai Mohd Ramly
11. Rezeki - Nor Salmi Abd Rahim
12. MH17 dalam Rekwim - Puzi Puzihadi
13. Di Lengkung Langit Biru - Zain Idris At Tobiari
14. Denting Waktu - Muz Ahmad
15. Perahu - Nazri Hussein
16. Menterjemah Sejumlah Sifir Tentang Manusia - Hani Salwah Yaakup
17. Seluar dan Baju - Hilmi Rindu
18. Berdiri di Anjung Piai - Syaidul Azam Kamarudin
19. Jerebu Luar Jendela - WB Rendra
20. Yang Tercipta Buat Kita - Ghazali Din
21. Senja di Pelabuhan - Muzaf Ahmad
22. Setugu Peringatan Melbourne - Za'im Yusoff
23. Aku Mahu Kau Lukis Mawar - Rositah Ibrahim
24. Jendela ke Jendela - Fauzan Zain
25. Mak, Bangunlah untuk Kembali Menjadi Matahari - Ratna Laila Shahidin
26. Catatan yang Ditemui dalam Mulut Seorang Pengemis yang Mati Pagi Ini - Fahd Razy
27. Mendepani-Mu, Takdirku - Salman Sulaiman
28. Dari Tanah ke Daun - Fauzan Zain
29. Dari Mimbar Jagalchi - Syafiq Zulakifli
30. Tubuh Bahasaku - Nazim Mohd Subari
31. Takut Kata Hina - A Rahim Abdullah
32. Kerana Melayu Itu Bahasaku, Kenapa Aku Harus Malu - Zain Idris At Tobiari

14 Cerpen Remaja Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir

1. Trisomi Dua Puluh Satu - Zulaikha Adam
2. Menunggu Malam - Faridah Abdul Hamid
3. Kelana Kalbu - Fathul Khair Mohd Dahlan
4. Dunia Kecil Ayah - Nordin Saad
5. Kandil Mualim di Langit Malam - Nazri Hussein
6. Suluk - Fudzail
7. Sasar Unjur Kampung Belawi - Amaruszati Noor Rahim
8. Utusan Riwayat Cinta - Syuhada Salleh
9. Antologi Ramadhan Tercinta - Nazri Hussein
10. Usain Bolt dari Kampung Kami - Mohd Helmi Ahmad
11. Dengarkan Aku Bonda - Norma El-Abrar
12. Pertemuan di Ngilum - Siti Nur Hidayah @ Princess Pueh
13. Jalinan Benang Emas - Salina Ibrahim
14. Pelangi Musim Dingin - Saza S

27 Cerpen Umum Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir

1. Apabila Saya ke Pengadilan - Che Soo Ismail
2. Cikgu Puisi - Malim Ghozali PK
3. Cinta Pigafetta - Nisah Haron
4. Dah Naik ke Langit Tak Reti Balik ke Bumi
5. Matrioshka - Jasni Matlani
6. Misteri Kehilangan Mulut Ayah - Dr. Azman Ismail
7. Serigala, Sebatang Pohon dan Jambatan - Jasni Matlani
8. Penghujung Nafasnya - Alina Idris
9. Rumah Ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya - Siti Jasmina Ibrahim
10. Rakusonoraus - Dr Ghazali Lateh
11. Tinggal Jawa Demam - Saifullizan Yahaya
12. Rumah Doktor Salgari - Wan Nor Azriq
13. Ikan Puyu dalam Akuarium - Amelia Hashim
14. Rumah - Rebecca Ilham
15. ... Yang Jauh - Maskiah Haji Masrom
16. Basikal - Zalila Isa
17. Catatan Buat Tuhan - Ahmad Muziru Idham
18. Gerbang - Zainol Idris
19. Hati Emas - Hafizah Iszahanid
20. Lobak Madu Sang Serigala - Norshahkang Shuaib
21. Mimpi Kodok - Mohd Fadzil Yusof
22. Pertemuan di Lembah Ihlara - Ghazali Lateh
23. Rodensia - Khairil Idham Ismail
24. Rumah Kopi - Rebecca Ilham
25. Rumah II - Chai Loon Guan
26. Suatu Perniagaan - Shapiai Mohd Ramly
27. Teori Konspirasi Encik Awanama - Khairil Idham Ismail

8 Rencana Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir

1. Masih Pentingkah Sastera? - Wan Nor Azriq
2. Di Manakah Suara Sasterawan? - Azman Hussin
3. Buku Sastera Perlu diPerbanyakkan - Dr. Ami Masra
4. Bahasa Mengindahkan Karya Sastera - Dr. Ami Masra
5. Seni Mendeklamasikan Puisi - Ladin Nuawi
6. Esei Bukan Rencana - Wan Nor Azriq
7. Kamishibai Genre Sastera Kanak-kanak - Abd Rahim Omar
8. Novel Picisan Meracuni Remaja - Rasdan Ahmad

6 Novel Remaja Disenaraipendekkan ke Peringkat Akhir

1.Semanis Kyuho - Ghazali Lateh
2. Empunya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
3. Nyanyian Musim Rusuh - Nazri Hussein
4. Lima Satu
5. Waris Penjaga Ketujuh
6. Lili Putih Sebrenica - Azida Ishak
 
Majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2015 akan berlangsung pada 25 November 2016.
Syabas dan tahniah kepada bakal pemenang.

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan HSKU 2015

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



PEMENANG HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU) 2015

KATEGORI NOVEL REMAJA

Kedua: Empunya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop (RM33.50)
Ketiga: Nanyian Musim Rusuh - Nazri Hussein(RM33.00)
Sagu hati: Putih Sreberenica - Azida Ishak
(RM38.50)
Sagu hati: Semanis Kyuho - Ghazali Lateh
(RM33.50)
Laporan Penilaian - RM30.00 


KATEGORI CERPEN REMAJA

Hadiah Utama
Suluk (Mingguan Malaysia, 31 Mei 2015) - Mohd Fudzail
Sesar Unjur Kampung Belawai (Mingguan Malaysia, 24 Mei 2015) - Amaruszati Noor Rahim
Trisomi Dua Puluh Satu (Mingguan Malaysia, 1 Mac 2015) - Zulaikha Adam 

Hadiah Penghargaan
Kandil Mualim di Langit Musim (Mingguan Malaysia, 10 Mei 2015) - Nazri Husseinn
Pertemuan di Ngilum (Mingguan Malaysia, 13 September 2015) - Siti Nur Hidayah Abdullah @ Princess Pueh
Utusan Riwayat Cinta (Mingguan Malaysia, 28 Jun 2015) - Syuhada Salleh
Jalinan Benang Emas ( Wanita, November 2015) - Salina Ibrahim
Menunggu Malam (Mingguan Malaysia, 15 Mac 2015) - Faridah Abdul Hamid
Dunia Kecil Ayah (Mingguan Malaysia, 3 Mei 2015) - Nordin Saad

KATEGORI PUISI

Hadiah Utama
Catatan yang Ditemui dalam Mulut Pengemis yang Mati Pagi Ini (Mingguan Malaysia, 22 November 2015) Fahd Razy
Di Lengkung Langit Biru (Mingguan Malaysia, 16 Ogos 2015) Zainol Idris
Setugu Peringatan Melbourne (Mingguan Malaysia, 18 Oktober 2015) - Za'im Yusoff 
 
Hadiah Penghargaan
Dari Tanah ke Daun (Mingguan Malaysia, 6 Disember 2015) - Fauzan Zain
Denting Waktu (Mingguan Malaysia, 20 September 2015) - Muz Ahmad
Naratif Pangkor (Mingguan Malaysia, 15 Mac 2015) - Usman Ibrahim
Perahu (Mingguan Malaysia, 20 September 2015) - Nazri Hussein
Lidah Amarah (Mingguan Malaysia, 1 Februari 2015) - Ramlan Abdul Wahab
Yang Tercipta Buat Kita (Mingguan Malaysia, 11 Oktober 2015) - Ghazali Din 
 
KATEGORI CERPEN

Hadiah Utama
Rumah Doktor Salgari (Mingguan Malaysia, 26 Julai 2015) Wan Nor Azriq
Rumah ini Dinding Kacanya Kalis Cahaya (Mingguan Malaysia, 4 Januari 2015) Siti Jasmina Ibrahim
Rumah, (Mingguan Malaysia, 5 Maca 2015) Hazwani Rebecca Ilham Rameli

Hadiah Penghargaan
Dah Naik ke Langit Tak Reti Turun ke Bumi (Mingguan Malaysia, 19 Julai 2015) - Zainal Rashid Ahmad
Ikan Puyu di dalam Akuarium - (Mingguan Malaysia, 12 Mac 2015) Amelia Hashim
Cikgu Puisi, (Mingguan Malaysia, 11 Januari 2015) Malim Ghozali Pk
Misteri Kehilangan Mulut Ayah (Mingguan Malaysia, 1 November 2015) DR Azman Ismail
Matrioshka, (Mingguan Malaysia, 3 Julai 2015) Jasni Matlani
Tinggal Jawa Demam (Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2015) Saifullizan Yahaya

KATEGORI RENCANA SASTERA

Esei bukan Rencana (Mingguan Malaysia, 1 Mac 2015) - Wan Nor Azriq
Kamishibai Genre Sastera Kanak-kanak (Mingguan Malaysia, 26 Julai 2015) - Abd Rahim Omar

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Senarai Pemenang Hadiah Karya Darul Ridzuan V

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



PEMENANG HADIAH KARYA DARUL RIDZUAN V

Ilmuan Negeri Perak Darul Ridzuan
Dato' Dr. Afifi al-Akiti bin Shaari

Karyawan Sepanjang Hayat
Muhammad Bukhari Lubis

Kumpulan Puisi
Saifulizan Yahya
- Aku Gagak

Kumpulan Cerpen
Hafizah Iszahanid
- Perempuan Berambut Merah

Novel Dewasa
Ariff Mohamad
- Di Hujung Negeri

Novel Remaja
Salina Ibrahim
- Mamaku, Menteri

Novel Kanak-kanak
- Tiada Penyertaan

Kajian Sastera
Saleeh Rahamad
- Oksidentalisme dalam Sastera Melayu: Sebelum Merdeka hingga Era Mahathir

Biografi
Mohd Zamberi Abdul Malek
- Tuan Guru Haji Sulung: Gugusan Cahaya Patani

Autobiografi
Khairudin Arshad
- Selepas Babak Akhir

Memoir
Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
- Bola Sepak Pro dan Kontra

Buku Sastera
Abdul Rahman Napiah
- Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan

Puisi Eceran
1. Saleeh Rahamad
- Bertengger di Pohon yang Sama
2. Ratna Laila Shahidin
- Benarlah Katamu
3. Razali Mohd Yussof
- Musola Desa
4. Hani Salwah Yaakup
- Dalam Penafian
5. Shapiai Mohd Ramly
- Pelita Akhir Tahun

Cerpen Eceran
1. Mohd Fadzil Yusof
- Ceritera
2. Chai Loon Guan
- Rumah II
3. Saifulizan Yahya
- Jangan Bakar Buku Saatera
4. Salina Ibrahim
- Pilihan Kedua
5. Ratna Laila Sahidin
- Komulonimbus

Esei Kritikan Sastera
Saleeh Rahamad
- Perang Sangkel Antitesis Terhadap Gema Subaltern
Saifulizan Yahya
- Sastera Profetik: Kaffah dalam Revolusi yang Ditangguhkan

Rencana Sastera
1. DrRaja Rajeswari Seetha Raman
- Kembara ke Dhaka Menyarung Makna Cinta Sejati
2. Raja Yusuf Ariffin
- Belajar Bahasa dengan Osman Baku

Skrip Drama Radio
- Tiada Penyertaan

Skrip Drama Pentas
Mohd Rafi bin Jafranee
- Muzikal Meja oh Meja

Skrip Drama TV
Ramlah Rashid Novelis
- Kemboja di Hati

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Teruskan berkarya.

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Penulis Sarawak 2015/2016

$
0
0
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



PEMENANG HADIAH SASTERA PENULIS SARAWAK 2015/2016.

KATEGORI PUISI 

1. Kho Thoong Eng
- Apabila Kita Beruban

2. Jais B Sahok
- Suara Merdu Beg Sandang Ibu

3. Zaini Bilong
- Perang Candung

4. Shamsul Idzam Jamil
- Pohon Merdeka

5. Pharo Abdul Hakim
- Nyonya Simpang Tiga

KATEGORI CERPEN 

1. Roslan Jomel
- Roden yang Cenderung Terjun dari Atas Bangunan

2. Abang Median Abang Said @ Yieans Said
- Tiba-tiba Ayahnya Menjadi Ular Sawa

3. Naziah Naziri
- 20 Sen Tauge dan Yot

4. Dahiri Saini @ Daaz Dzu
- Anak Almari

5. Hajah Bibi Sabariah Haji Awang Awet
- Sahur

KATEGORI ESEI KRITIKAN 

1. Dilah Bin Tuah
- Menelusuri Citra Sosiobudaya dalam Karya Radzemah Bolhassan
 
2. Abang Patdeli Abang Muhi
- Kearifan Tempatan dalam Karya Pengarang Melayu

3. Roslan Jomel
- Menulis Realiti Hitam

4. Awang Azman Awang Pawi
- Memperbaharui Kemanusiaan

5. Zainal Abidin Suhaili
- Pemikiran Pascakolonial dalam Sajak Si Renta

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Teruskan berkarya.

* Saya dimaklumkan bahawa kategori buku tidak dipertandingkan.
Viewing all 204 articles
Browse latest View live