Assalamualaikum.
Siapa yang tak gelabah apabila telefon pintarnya tertera ayat ini; "Mobile Network Not Available". Pada mulanya saya ingatkan mungkin pada ketika itu "line" tidak ada. Namun keesokannya pun masih begitu, saya sudah mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada telefon saya.
Jadi saya mengambil keputusan untuk ke kedai telefon yang berdekatan. Setelah diperiksa, sah sim card nombor telefon saya rosak. Setelah 10 tahun saya menggunakan sim card nombor ini, akhirnya menemui titik penamat.
Saya mempunyai pilihan sama ada:
1. Menukar sim card baharu dengan nombor baharu
2. Menukar sim card baharu tetapi masih mengekalkan nombor lama ataupun
3. Menukar sim card baharu dengan mengekalkan nombor lama tetapi menggunakan perkhidmatan lain seperti Diggi.
Saya mengambil keputusan untuk menukar sim card baharu tetapi masih mengekalkan nombor lama. Oleh itu, saya bergegas ke Maxis Centre.
Cara menukar sim card rosak tapi masih mahu menggunakan nombor telefon sama
1. Di Maxis Centre, beritahu kepada penjaga kaunter perkhidmatan itu bahawa sim card anda rosak. Tetapi anda masih mahu menggunakan nombor telefon yang sama.
2. Anda dikehendaki memberikan kad pengenalan kepada penjaga kaunter perkhidmatan tersebut.
3. Anda juga dikehendaki mengisi borang dan beberapa maklumat pada borang tersebut seperti nama penuh, nombor telefon asal, nombor kad pengenalan dan tandatangan.
4. Anda dikehendaki membuat pengesanan cap ibu jari kanan untuk mengesahkan nombor telefon itu sememangnya milik anda yang sah berdaftar.
5. Bayaran penukaran sim card baharu adalah RM10 sahaja.
Selesai.