Assalamualaikum.
Alhamdulillah, lebih kurang 6 tahun saya terlibat dalam dunia penulisan, inilah hasilnya. Dua buah buku iaitu Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa (2014) dan Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan (2015) yang kedua-duanya diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
Saya bermula dengan menulis secara eceran dan menghantarnya ke surat khabar dan majalah. Sejak itu, tekad saya tidak pernah kendur untuk terus melangkah dalam dunia ini yang seterusnya memendam impian untuk memiliki buku pula. Akhirnya, berkat usaha gigih itu saya berjaya menggapai impian itu.
Bagaimanapun, tanpa pembaca buku tidak akan pernah hidup. Oleh itu, saya menyeru kepada pembaca semua untuk memiliki pakej buku ini yang ditawarkan dengan harga istimewa. Sokongan kalian amatlah saya harapkan. Terima kasih.