Assalamualaikum.
UPSR 2015 tidak beberapa hari sahaja lagi. Saya kira sudah pastilah guru-guru dan murid-murid sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir untuk menghadapinya pada 8,9dan 10 September 2015.
Mengikut Format UPSR yang terakhir, Bahasa Melayu Bahagian C: Membina Ulasan (Nilai Murni/Pengajaran), murid dikehendaki membina ulasan. Saya pernah berkongsi tentang Formula Menjawab Bahagian C.
Oleh itu, untuk persiapan terakhir saya juga ada membuat analisis kertas Bahasa Melayu UPSR dari tahun 2007 hingga 2014. Saya kongsikan di sini nilai murni/pengajaran beserta ayat huraiannya. Ayat huraian itu boleh dijadikan kata kunci untuk murid mengenal pasti nilai murni yang paling tepat. Moga perkongsian ini bermanfaat.
Analisis Bahagian C: NILAI MURNI/PENGAJARAN UPSR 2007 – 2014
Oleh: Mohd Helmi Ahmad
Nilai / Pengajaran | Huraian |
Bertanggungjawab | - Membuat aduan tentang kerosakan jalan - Menjaga keselamatan murid-murid |
Mematuhi undang-undang | - Tidak memandu laju |
Bekerjasama | - Bergotong-royong membaiki jalan yang rosak - Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah |
Berhemah tinggi | - Mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan |
Menghargai masa | - Bangun awal - Melakukan hobi yang bermanfaat seperti membaca |
Rela/sanggup berkorban | - Beberapa orang ahli menawarkan diri mencari kayu api |
Berdisiplin | - Aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual - Beratur ketika memasuki ‘Underwater World’ |
Prihatin/bersimpati | - Mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan - Cikgu Farzana yang bersedia membimbing dan membantu murid-muridnya untuk menyelesaikan masalah - Meletakkan papan tanda amaran tentang jalan rosak supaya tidak berlaku kemalangan |
Tegas | - Tidak bersetuju mencuri |
Baik hati | - Membantu, menghubungi ibu bapa |
Insaf/Menyesal | - Berasa kesal - Memohon maaf |
Bercita-cita tinggi | - Cikgu Farzana yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti |
Mengenang jasa | - Warga sekolah yang menghargai jasa Cikgu Farzana - Mengucapkan terima kasih |
Menghormati guru/ibu bapa | - Mematuhi segala nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh guru - Murid-murid meminta izin guru untuk mandi laut - Mengingati nasihat mereka |
Menyayanyi diri | - Menjaga kesihatan dan mengambil makanan yang berkhasiat |
Mengambil berat | - Mendoakan kesihatan rakan |
Menjaga kebersihan persekitaran | - Bagi menghindari penyakit berjangkit seperti denggi |
Mendengar nasihat | - Bagi memperbaiki kelemahan diri |
Jujur | - Menyerahkan dompet yang ditemuinya kepada guru |
Rajin | - Menghadiri latihan sukan |
Ikhlas | - Melaksanakan tugasan tanpa mengharapkan balasan |
Bersyukur/kesyukuran | - Terselamat daripada ditempak pemburu |
Mempunyai semangat patriotik | - Berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku |